Wednesday, June 3, 2009

ni La LiDah bUayA

Selain menyuburkan rambut, lidah buaya juga dikenal berkhasiat untuk mengobati sejumlah penyakit. Di antaranya diabetes melitus dan serangan jantung.


Lidah buaya, tumbuhan ajaib dengan sejuta khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kebaikan dan khasiat lidah buaya amat tinggi sehinggakan ratu Mesir termasyhur, Cleopatra, juga menggunakan Lidah Buaya sebagai bahan
perawatan wajahnya. Lidah Buaya bukan sahaja digunakan oleh ratu jelita tersebut, bahkan penggunaannya popular di seluruh dunia. Kepercayaan yang tinggi terhadap herba ini menjadikan Lidah Buaya sebagai bahan utama dalam bidang kecantikan terutamanya kecantikan dan kesihatan kulit.


Apa itu lidah buaya?

Lidah buaya lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’ pada masyarakat dunia hari ini. nama saintifik bagi tumbuhan berguna ini adalah ‘aloe Vera Linn’ dipercayai amat baik untuk kesihatan kulit. Terdapat lebih 300 spesies tumbuhan ‘aloe’,tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. antara tumbuhan ‘aloe’ yang dijadikan herba untuk tujuan rawatan kecantikan adalah seperti aloe perry yang banyak ditemui di kawasan utara afrika dan aloe ferox yang terdapat di afrika Selatan.



Anti Penuaan

Kehadiran polisakarida dan monosakarida di dalam Lidah Buaya akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit agar sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. Ia juga menggalakkan
lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit.

Selain itu, agen anti oksidan seperti beta karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan peng-gabungan sel. ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti beta
karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.

Dalam perawatan ayurveda misalannya, lidah buaya dikenali sebagai ‘Kumari’ atau ‘gadis’ kerana ia ipercayai dapat mengembalikan tenaga dan turut digunakan untuk tujuan awet muda. Kajian klinikal manusia yang dilakukan oleh The Korean Food and Drug administration (FDa) dengan minuman Lidah Buaya menunjukkan penurunan yang ketara ke atas kedutan wajah dan meningkatkan elastisiti kulit wajah. Kesemua responden diminta mengambil 1.2g/d minuman lidah buaya selama 3 bulan.



Penyembuh Luka & Penghilang Parut

Lidah Buaya tidak bertoksik dan banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional di China, Jepun, dan India. Walaupun ia dikatakan amat baik untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, terdapat bebe-rapa kajian lain yang menunjukkan sebaliknya.

Selain berupaya menyembuhkan luka, Lidah Buaya dikaitkan dengan khasiatnya yang mampu meredakan kandungan gula dalam darah serta mampu meredakan kanser-kanser tertentu. Malangnya, suntikan ekstrak Lidah Buaya yang diberikan kepada beberapa pesakit kanser didapati tidak berkesan. Walaupun begitu, keberkesanan Lidah Buaya dalam bidang rawatan kecantikan tidak boleh dinafikan.

Ekstrak Lidah Buaya mempunyai enzim yang akan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit kulit.

Kajian di Afrika Selatan menunjukkan pengambilan dalaman Khasiat Lidah Buaya sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat. Dikatakan polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah buaya memberikan kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti anti kulat,kesan anti diabetik dan kesan anti keradangan.

Kandungan aloectin B dalam Lidah Buaya menstimulasi sistem imun dan membuatkan ia menjadi bahan terbaik untuk menyembuhkan luka terbakar.

Selain itu, sejenis bahan lain dalam Lidah Buaya iaitu szponin juga memiliki kemampuan sebagai pembersih dan anti septik yang menjadikan gelnya sangat efektif untuk mengubati luka terbakar.

Bahan selulosa dalam gel Lidah Buaya mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh pada wajah yang mengakibatkan berlakunya kulit kering.

Masyarakat arab menggunakan Lidah Buaya bagi menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan disapukan dengan Lidah Buaya agar ia tidak menjadi parut atau menjadi lebih teruk.

Kandungan lignin dalam Lidah Buaya mampu tembus dan meresap ke dalam kulit membuatkan ia baik untuk mengubati luka.

Tumbuhan ini juga mengelakkan kulit daripada menjadi kering kerana ia mampu mengawal kehilangan air dari dalam tubuh. Pemakaian lidah buaya pada kulit secara berterusan juga akan menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut.

Bagi masyarakat Melayu pula, mereka percaya apabila menyapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang tercedera, luka lebih mudah sembuh. Petua orang Melayu dahulu kala pula, lendir lidah buaya akan disapukan pada bulu mata untuk melentikkannya.

Selain masalah ruam, kulit yang dijangkiti kulat juga boleh dikurangkan dengan meletakkan lendir lidah buaya pada bahagian bermasalah. Lidah buaya mengandungi anti biotik yang mampu merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang tercedera.

Lain pula dengan masyarakat China, mereka mengamalkan lidah buaya dengan menyapu lendirnya pada seluruh wajah bagi menaikkan seri muka serta mempercepatkan penyembuhan jerawat.Masyarakat Cina juga banyak menggunakan Lidah Buaya dalam perubatan tradisional mereka. Lidah Buaya digunakan oleh mereka untuk mengatasi masalah cacing.



3 comments:

RaMa2UnGU said...

hehehe..ade gak..ingt takde..weee...

aima said...

aaa....cari sendiri x jumpa....hh byk khasiat.....nk copy sikit wat ingatn...

!!!!Let Me help U~ said...

lidah ku tergigit

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.