Tuesday, July 27, 2010

Kansas City Wizards kejutkan United 2-1



PEMAIN Manchester United, Gabriel Obertan, cuba melorongkan bola melepasi pemain Kansas City Wizards, Roger Espinoza (17) dan Korede Aiyegbusi (3) pada perlawanan persahabatan di Kansas City, pagi tadi. Wizards kejutkan United 2-1. - Foto AP


Kamara cemerlang

KANSAS CITY: Kei Kamara menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi bagi memberikan Kansas City Wizards kemenangan 2-1 ketika menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, kelmarin.

Kamara membantu Davvy Arnaud dalam minit ke-11 untuk memberikan Wizards gol pendahuluan perlawanan.

Pemain United, Dimitar Berbatov menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti pada minit ke-41 selepas pertahanan Wizards, Jimmy Conrad dilayangkan kad merah kerana menerjah penyerang Bulgaria itu.
Tetapi Kamara memberikan gol kemenangan buat Wizards yang bermain dengan 10 pemain pada minit ke-42, selepas melakukan sepakan sudut yang terus menerjah gawang.

Seramai 52,342 penonton menyaksikan acara pertama di Stadium Arrowhead yang dibaik pulih dengan kos AS$325 juta (RM1.04 bilion) biarpun Manchester United tidak menurunkan bintangnya seperti Wayne Rooney, Rio Ferdinand, Michael Carrick dan Park Ji-Sung.

United akan bertemu pasukan pilihan Major League Soccer All-Stars di Houston esok. AFP



2 comments:

AngahSayang2314 said...

fuuyoooo hebat tue 2-1 preetttttt

HaNTwO said...

huhu kalah ke??

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.