Tuesday, November 23, 2010

Alex Kutip Emas ke 6 Malaysia

ALEX Liew memperaga pingat emas acara All Events, semalam.
ALEX Liew memperaga pingat emas acara All Events, semalam.



Kontinjen negara masih buru tiga emas untuk penuhi sasaran

PEMAIN veteran bowling negara, Alex Liew gah meraih pingat emas acara All-Events, semalam angka ke-6 secara keseluruhan untuk kontinjen negara yang masih ghairah memburu tambahan tiga lagi untuk mengejar sasaran ketika temasya berbaki lima hari lagi sebelum tamat.

Atlit berusia 34 tahun itu turut mendapat tambahan pingat apabila meraih perak acara lima berpasukan lelaki dan ia tambah manis kerana ini adalah kali pertama dia meraih pingat selepas gagal dalam tiga edisi Sukan Asia sebelum ini.

Saya bukan dapat satu emas, tapi dua di sini selepas puas mencuba buat kali keempat, katanya.
Dua lagi perak negara, semalam dicipta acara terjun menerusi sumbangan Leong Mun Yee-Ng Yan Yee (3 meter papan anjal seirama wanita) dan Bryan Nickson Lomas-Ooi Tze Liang, acara 10m platform seirama yang bagaimanapun akur kepada atlit tuan rumah, China yang menyapu bersih emas di halaman sendiri.

Sementara itu, sebutir gangsa turut mencetus ceria apabila skuad bowling lima berpasukan wanita (Sharon Koh, Zatil Iman Abdul Ghani Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Esther Cheah dan Shalin Zulkifli) menghimpun keseluruhan 6,295 jatuhan pin berbanding 6,711 dilakukan skuad Korea Selatan yang memenangi emas dan Indonesia, 6,340 (perak).

Nicol Ann David dan Azlan Iskandar yang menyumbang dua emas skuasy, kelmarin menyambung rentak jagoan masing-masing apabila mengetuai skuad wanita dan lelaki merakamkan kemenangan acara berpasukan. Barisan wanita negara menewaskan Jepun 3-0 manakala lelaki mengatasi Qatar 3-0.-bharian

1 comments:

Zaer!! said...

tahniah atas kejayaan alex..;p

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.