Pengenalan

Anda memerlukan lemak?.jenis lemak yang baik memang penting untuk pertumbuhan dan fungsi setiap sel di dalam tubuh badan manusia.
lemak adalah bahan bakar dan menyediakan anda dengan tenaga dua kali ganda lebih banyak bernbanding jenis makanan lain.Simpanan lemak di dalam tubuh kita juga berfungsi sebagai simpanan tenaga.

Lemak juga membungkus saraf-saraf di dalam tubuh kita.jenis Lemak yang baik disebut HDL boleh membantu mengeluarkan kolestrol yang memberbahaya dari arteri.VItamin A,D,E dan bleh larut di dalam lemak dan disimpan di dalam tisu-tisu lemak.

Jadi jumlah lemak yang mencukupi di dalma tubuh kita memainkan peranan yang penting.

Maka hubungan lemak dengan kesihatan kita bergantung kepada berapa banyak lemak yang kita harus ambil serta lemak jenis apa.jenis lemak yang yang kurang baik adalah lemak haiwan dan lemak hasil ternakan seperti telur,keju dan lemak sapi..

Kacangan dan bijirin juga mengandungi jenis lemak yang baik.Kolestrol adalah jenis lemak yang perlu diawasi penggunaannya di dalm tubuh badan kita.Kolestrol tedapat di dalam haiwan sahaja bukan di dalam lemak

sayuran.Kebanyakkan Lemak yang anda makan setiap hari tidak dapat dilihat,kerana ia ditambahkan ke dalam makanan yang kita bakar atau goreng.

JENIS-JENIS LEMAK


tahukah anda bahawa tubuh kita hanya memerlukan satu perlapan hingga satu perempat sudu teh kolestrol murni setiap

hari.Setiap kolestrol tambahan meningkatakn kadar kolestrol di dalam tubh badan kita.

Kadar kolestrol yang agak tinggi akan meningkatkan aterosklerosis,suatu keadaan di mana kolestrol yang berlebihan

melekat pada lapisan dinding arteri.Ia kemudian akan menghlang darah mengalir ke bahagian-bahagian tubuh.

Ada bebrapa lemak yan gbaik bagi jantung dan darah.Jenis lemak ini disebut HDL(high density lipoprotein),iaitu jenis

lipoprotein yang berkepadatan tinggi.Jenis lemak ini sebenarnya membuang kolestrol dari berbagai bahagian dalam

tubuh badan kita dan membawa ke Hati untuk dinyahkan.

"Asid oleic contohnya,yang terdapat di dalam buah zaitun,avacado,kacang dan bijirin,membantu memperbaiki kadar HDL
di dalam tubuh.

jenis-jenis lemak lain yang baik adalah 'asid omega 3'.Lemak ini dipercayai boleh mengurangkan kanser buah dada dan kolon.Jenis makanan yang mengandungi lemak omega 3 ialah kacang soya,Lobak,bayam,buncis,buah pisang,gandum hitam dan kacangan.



Bahaya Lemak

Lemak juga boleh menyebabkan kanser.Kanser buah dada dipercayai akibat penggunaan minyak sayuran secara kerap.percubaan makmal menunjukkan binatang yang diuji makan lemak secara melampaui lebih cenderung merebaknya penyakit kanser.

kajian-kajian dari makmal penyelidikan telah membawa kepada kesimpulan berikut.

1> Kanser yang disebabkan virus boleh ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.

2> Kanser yang disebabkan oleh bahan kimia boleh ditingkat lagi oleh lemak yang berlebihan.

3> Kanser yang disebabkan oleh sinaran-X boleh ditingkat lagi oleh lemak yang berlebihan.


Kesimpulan.

>>>lemak sayuran tidak ade kolestrol....tapi berlebihan akan mengundang akibat kanser ke atas badan kita.



:::Sumber buku Alam semulajadi penyembuh ajaib oleh Dr Erthel R .Nelson

-ehoza