Friday, November 12, 2010

Kesan tembikai seperti pil Viagra

Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, di sini.


Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino ‘citrullin’ berbanding yang difikirkan penyelidik.


Sehingga penemuan itu, kebanyakan unsur citrulline dipercayai didapati pada bahagian kulit luar buah berkenaan yang tidak boleh dimakan.

“Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya,” kata Patil.


Ia penting kerana tubuh menukar ‘citrulline’ kepada ‘arginine’, sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

Patil berharap penyelidik lain akan mula mengkaji secara terus kesan tembikai terhadap ketegangan zakar. Namun sesetengahnya agak ragu-ragu.


“Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan ‘arginine’ yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar,” kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk.

-ehoza

1 comments:

Anonymous said...

this post is very usefull thx!

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.