Tuesday, November 9, 2010

Khasiat Brokoli


Kandungan kalsium dalam brokoli juga lebih banyak jika dibandingkan dengan segelas susu



Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica.

Antara Khasiat Brokoli ialah:

Dapat menjauhkan penyakit barah
Brokoli adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melindungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat.

Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.

kredit -periuktanah.blogspot.com
------------------------------------------------
Kaya dengan Vitamin C dan Kalsium
Tahukah Anda bahawa kandungan vitamin C pada brokoli jumlahnya lebih banyak daripada jeruk? Kandungan kalsium dalam brokoli juga lebih banyak jika dibandingkan dengan segelas susu, dan brokoli juga diketahui mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum! Cara memakannya pun sangat mudah, boleh dimakan mentah, ditumis, dicampur sebagai salah satu bahan sup atau dikukus sebagai sayuran.

Meningkatkan daya kerja otak
Peneliti dari Royal Pharmaceutical Society membuktikan bahawa brokoli mengandungi senyawa yang sama dengan ubat-ubatan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah bentuk dementia (berkurangnya ingatan) yang paling umum dijumpai di kalangan orang tua yang disebabkan oleh enzim acetylcholinesterase. Brokoli dianggap memiliki sifat anti-acetylcholinesterase paling kuat.

kredit-hidupsehatselalu

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.