Wednesday, November 10, 2010

Khasiat Kobis

Brassica oleracea ialah nama saintifik bagi kobis.Kobis Brussel dikatakan sangat bagus untuk wanita yang hamil kerana ia mengawal tahap glukosa dalam darah..


Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka.

Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Data serupa dicatatkan membabitkan kadar barah payudara di kalangan wanita.

Antara manfaat kesihatan kubis termasuk membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kubis hanya mengandungi 15 kalori.

Kubis kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air, justeru, ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan.

Kubis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

Vitamin A membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.

Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. Vitamin C, salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

Sains moden menunjukkan kubis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

Ekstrak kubis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga membuatkan kubis baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh.

Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.

-http://anizyn.blogspot.com/
-----------------------------------------
Lagi Khasiat Kobis

Melambatkan penuaan kulit sebelum masanya
Pada masa ini , perubatan moden telah menyokong pendapat lama tersebut. Para saintis telah membuktikan bahawa kobis mempunyai bahan yang menambahkan kekalisan tubuh manusia dan memberhentikannya menjadi tua sebelum masanya.

Kobis kaya dengan vitamin C daripada epal, pir dan pisang. Dengan hanya memakan sejumlah 20 gram kobis mentah sudah cukup menampung keperluan harian vitamin C untuk orang dewasa.

Eleman mikro yang terdapat pada kobis menentukan metabolisme yang sungguh bernilai kepada manusia semasa mengharungi usia. Ia juga penting untuk pertumbuhan organisme kanak-kanak. Sesetengah daripada kompenan yang terdapat pada kobis dapat mencegah tompok-tompok pada dinding vaskular dan mengurangkan batu pada buah pinggang.

Menghapuskan kolesterol dan dapat mengawal arterosklerosis
Selulosa pada kobis amat berguna untuk kesihatan manusia. Pertamanya ia menghapuskan kolesterol dan dapat mengawal arterosklerosis.

Mengawal Diabetes
Di samping itu ia juga mencegah penerimaan karbohidrat yang berlebihan dan secara tidak langsung mengawal diabetes.

Mempunyai Vitamin yang banyak
Dedaun hijau kobis muda sangat berharga kepada sesiapa yang menghidap anemia kerana ia mempunyai jumlah vitamin yang paling banyak.

Menjaga berat badan
Satu lagi bahan yang berharga terdapat pada kobis ialah asid tartronik. Ia menghalang penukaran gula dan karbohidrat manakala yang lain menjadi lemak.

Maka ia sesuai untuk amalan menjaga berat badan dengan hanya memakan salad kobis setiap hari. 100 gram kobis menghasilkan hanya 30 kilokalori.

Dengan mempunyai nilai kalori yang minima ini, kobis mempunyai nilai biologi yang maksima. Sebagai tambahan, ia menghasilkan perasaan kenyang yang berpanjangan dan mudah di hadam.

Sembuhkan Ulser Perut dan Anti Ulser
Para doktor mandapati bahawa jus kobis segar membantu menyembuhkan ulser perut dan duodenal serta mengubati gastrik. Para saintis juga dapat mengasingkan kompenan baru dari kobis segar yang mengandungi faktor anti ulser.

-fazlisyam
---------------------------------------------

Bantu tidur diwaktu malam
Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

1 comments:

black_mel said...

bro..orang cakap kobis berangin?makan banyak nnti angin dalam badan...btul ker?

apa kata lepas ni bila ko buat khasiat,ceritakan sedikit keburukkan or kesan sampingan buah atau sayur tersebut..just cadangan...

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.