Wednesday, November 24, 2010

Skuad Hoki Malaysia pamer aksi lima bintang

PEMAIN Malaysia, Azlan Misron cuba melepasi kepungan pemain India di perlawanan separuh akhir, petang semalam. Malaysia menang 4-3 untuk mara ke final buat kali pertama dalam sejarah Sukan Asia.
PEMAIN Malaysia, Azlan Misron cuba melepasi kepungan pemain India di perlawanan separuh akhir, petang semalam. Malaysia menang 4-3 untuk mara ke final buat kali pertama dalam sejarah Sukan Asia.

Amin muncul wira; India anggap malapetaka


SKUAD hoki lelaki negara memberi persembahan bertaraf lima bintang menewaskan India 4-3, semalam untuk layak ke final Sukan Asia buat julung kali dalam sejarah penyertaan dan ketika sama menggapai peluang memburu tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012.

Wira pasukan adalah Muhammad Amin Rahim yang meledakkan jaringan emas pada minit ke-75 masa tambahan di Stadium Hoki Aoti dan bakal bertemu Pakistan, esok yang terdahulu mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan penalti dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Kemenangan ini hasil semangat tinggi pemain yang tidak mudah menyerah kalah, kata ketua jurulatih, Stephen Van Huizen.

Saya bangga dengan pemain dan mereka berhak menang serta dipuji. Jelas sekali tumpuan latihan set-piece pukulan sudut penalti sebelum bertemu lawan membantu apabila kita berjaya menjaringkan tiga gol menerusinya.

Final, esok adalah kemunculan buat julung kali bagi skuad negara manakala bagi Pakistan yang pertama sejak memenangi emas di Beijing pada 1990.

Malaysia yang menamatkan badi semua 10 perlawanan ketika menentang India dalam Sukan Asia sebelum ini mendahului minit ke-32 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil tetapi keceriaan itu hanya bertahan tiga minit sahaja sebelum Sandeep Singh menyamakan kedudukan untuk lawan.

Khandker Tushar meletakkan India di depan minit ke-37 sebelum Azlan Misron menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-49.

Begitupun, India kembali mendahului semula menerusi kapten, Raj Pal Singh pada minit ke-54 sebelum Muhammad Amin menebus kesilapannya dengan menyelamatkan skuad negara menerusi jaringan penyamaan 3-3 tiga minit sebelum tamat permainan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sementara itu, jurulatih India, Jose Brasa berkata: Kami ke Guangzhou untuk menang tetapi kekalahan ini satu malapetaka. Kesilapan pada lewat babak permainan membawa padah.-bharian

1 comments:

Zaer!! said...

tahniah pasukan negara.;p

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.