Thursday, January 6, 2011

Apa itu Skizofrenia

Apa itu Skizofrenia
Skizofrenia adalah penyakit mental yang serius, menyebabkan gangguan persepsi, pemikiran, perasaan dan tingkah laku. la boleh menyebabkan kemerosotan personaliti terutama sekali apabila penyakit berpanjangan.

Penyakit skizofrenia biasanya bermula secara periahan-laban (dan kerapkali sukar dikesan diperingkat awal) dan semasa remaja atau ketika usia muda. Individu mungkin merasa ketegangan perasaan, kurang daya tumpuan dan hubungan sosialnya akan terganggu.

Pesakit juga boleh berkelakuan ganjil. Mempunyai lepercayaan luarbiasa (delusi) persepsi dan fikiran yang tidak normal. Percakapannya juga tidak rational dan tidak menent. Seterusnya fungsi perkerjaan atau pelajaran terjejas, schingga mengakibatkan berhenti kerja atau pelajaran. Tanpa rawatan awal, penyakit akan melarat menjadi teruk.


Delusi
Delusi adalah kepercayaan palsu dan kukuh yang tidak dapat diubah dengan mudah. Misalnya, pesakit skizofrenia percaya bahawa ada orang ingin cuba mencederakannya atau boleh membaca apa yang sedang mereka fikirkan, kadangkala mereka tidak dapat mengawal fikiran, tindakan dan perasaan. Mereka mempercayai bahawa mereka itu adalah orang yang dipilih tuhan atau mereka mempunyai kuasa dan kemampuan.luar biasa. Pesakit percaya apa yang mereka alami adalah `benar' atau betul-betul berlaku.

Halusinasi
Pesakir skizofrenia juga mengalami persepsi abnormal seperti halusinasi iaitu samada, halusinasi pendengaran atau penglihatan. halusinasi yang paling biasa ialah mendengar suara yang boleh merupakan komen terhadap tingkah laku, cemuhan atau arahan-arahan kepada pesakit. Halusinasi penglihatan adalah apabila mereka dapat melihat benda yang sebenarnya tidak ada.

PERUBAHAN FIZIKAL
Gejala lain seperti pengasingan sosial, kesedihan dboleh wujud sepanjang tempoh ini dan dapat berlangsung bertahun-­tahun. Jika rawatan tidak diberikan secara 'keseluruhannya gejala penyakit skizofrenia boleh beransur hilang (in remission) dan ia boleh berulang semula (relapse).

Punca penyakit skizofrenia bersifat 'multifactorial atau berbagai punca. Antara faktor yang menjadi punca adalah unsur keturunan dan tekanan mental yang berlebihan. Penyelidikan menunjukkan bahawa faktor keturunan adalah unsurpencenderung yang kuat untuk diserang penyakit skizofrenia. Sementara faktor persekitaran seperti situasi yang menekan boleh mencetuskannya.


RAWATAN

Rawatan boleh menyembuhkan gejala penyakit ini. Rawatan utamanya ialah ubat antipsikotik. Kaedah rawatan lain termasuklah terapi psikologi dan terapi elektrokonvulsif (ECT). Kebelakang ini terdapat banyak kemajuan dalam rawatan penyakit skizofrenia.

Ubat antipsikotik boleh mengurangi .halusinasi dan delusi disamping menolong pesakit mengekalkan pemikiran yang stabil. Pengambilan ubat secara teratur dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penyakit berulang. Selain kaedah ubat-ubatan, pesakit perlu diberi kaunscling dan rawatan pemulihan supaya dia dapat berfungsi dengan baik dalam masyarakat. Latihan kemahiran sosial adalah pendekatan pemulihan yang berkesan dan membantu pesakit berdikari.

Program pendidikan untuk keluarga bertujuan meningkatkan pemahaman tentang penyakit skizofrenia dan cara rawatannya. lni dapat membantu keluarga pesakit momperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.Bagi sesetengah pesakit rawatan pemulihan melalui program bengkel terlindung dant penjagaan harian akan dapat membantu. Rawatan awal memudahkan penyakit ini sembuh dan mengekalkan fungsi diri.

sumber -http://www.permai.gov.my
_____________________________________________________________________________



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.