Monday, January 24, 2011

Khasiat Buah Epal (apple)



khasiat buah epalMemakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.


Antara Khasiat yang terdapat dalam Epal ialah:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!!Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5)Epal mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6)Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.Sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan .


Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.

Lagi Khasiat Epal


-Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
-Epal Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
-Epal Membantu kesihatan membran paru-paru.
-Epal Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
-Epal Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
-Epal Membantu mengekalkan berat badan.

buah epal,apple,khasiat epalBuah Epal banyak Khasiatnya.Buah epal juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.

Kandungan Vitamin Dan Mineral Dalam Epal

KARBOHIDRAT
LEMAK
PROTIEN
VITAMIN B1 - TIAMINA
VITAMIN B2 - RIBOVLAVIN
VITAMIN B3 - NIASIN
VITAMIN B5 - ASID PANTOTENIK
VITAMIN B6 - PYRIDOXIN
VITAMIN B9 - ASID FOLIK
VITAMIN C
FERUM
FOSFORUS
KALIUM
KALSIUM & MAGNESIUM
ZINK
TANIN
BARON
FLAVOID
ASAM D-GLUCARIC
QUERCETIN
ASAM TARTAR

Di dalam buah epal terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.

Salah satu kandungan buah epal yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.

Asam D-glucaric yang terkandung di dalam epal merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.

Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah epal mengandung zat quercetin.

Di dalam sebiji epal juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.

kredit- honeyapple3

p/s Jadi jom kita makan Epal..hehe..Epal banyak Khasiatnya..

4 comments:

Zaty Anuar said...

oh epal... hihi..

::nuRuLaDHar:: said...

gud info! =)

odahonebizz said...

suka dgr lagu tragedi buah epal dr anita sarawak...hoho! antara epal merah & ijau yg mana satu byk khasiat ek?


LIF BOMBA UNTUK ORANG PINDAH RUMAH

BERCINTA ITU MACAM ORANG TUNGGU BAS

NoYB said...

mnx share piC ni yerk....thnx...^____^

Nice info....best2x...

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.