Friday, February 25, 2011

Kegunaan,Manfaat dan Khasiat Daun Pandan

Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan
Semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves. Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.
-Air perahan daun pandan boleh digunakan membuat kuih-muih tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)

-Daun pandan yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam.
-Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap dan berbagai jenis bubur.

Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :
- Daun Pandan boleh digunakan sebagai Pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas
Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:
  • Daun Pandan ubati Lemah saraf - ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
  • Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
  • Gelisah : Ambil 2 helai daun pandanmuda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
  • Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
  • Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
  • Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
kredit http://bukitbemban.blogspot.com/


MANFAAT DAUN PANDAN
Selain bermanfaat sebagai pewangi dalam membuat Kuih,
Daun pandan banyak Khasiatnya.

Khasiat Daun Pandan antaranya boleh menghilangkan kelemumur.
Caranya ialah:
- Ambil 10 lembar daun pandan lalu tumbuk sampai halus, dan letak 2 gelas air. Setelah ditapis, usapkan air hasil tapisan tersebut ke rambut yang sebelumnya sudah dikeramas. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Khasiat Daun Pandan - dapat digunakan sebagai ubat panau.
- Ambil segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.

3 - Khasiat Daun Pandan-Dapat digunakan untuk mengubati darah tinggi.
-Ambil 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas petang.

Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi harus ingat, perlu patuhi apa nasihat yang doktor tetapkan.

Lagi Info Kegunaan,Manfaat dan Khasiat Daun Pandan
Daun pandan: Tanaman yang tumbuh subur di daerah tropica ini dapat menghilang kelemumur dan menghitamkan rambut. Selain aroma wanginya sering digunakan untuk aroma dan perwarna masakan dan minuman, Ternyata daun pandan memiliki khasiat khusus sebagai penambah selera makan dan penenang.

Selain ditanam untuk menghias laman ia dapat jugak mencegah tikus, cicak dan seranga yang lain daripada masuk ke dalam rumah. Air pandan boleh diguna untuk membilas lantai.

Daun pandan sering digunakan dalam masakan.Baunya mempunyai wangi yang tersendiri,Daun Pandan boleh dicampur untuk membuat kuih,kek dan sebagai perasa dalam minuman. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu, daun pandan di zaman dulu sering digunakan untuk merawat kesihatan.

Khasiat Daun Pandan untuk Lemah saraf
Ambil 3 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 2 gelas, tapis ketika panas. Minum pagi dan petang selepas makan .

Khasiat Daun Pandan-Mengurangi gelisah
Ambil 2 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. letakkan dengan 1 gelas air mendidih, tutup gelas, tapis semasa masih panas. Minum sehari sekali selepas makan. Lakukan selama 3 hari.

Sengal-sengal sendi.
Ambil 5 lembar daun pandan segar, 20 daun serai segar, cuci bersih, tumbuk keduan-duaya sampai halus. Tambahkan 1 sendok makan minyak kayu putih dan minyak gandapura. Aduk semua bahan, sapukan pada bahagian yang sakit. Lakukan sampai rasa sakit berkurang.

Khasiat daun pandan juga dapat Menumbuhkan, menghitamkan, dan mencegah uban di rambut.

Manfaat Daun Pandan
WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.

Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

----------
Khasiat Daun Pandan -SEGARKAN URAT SARAF

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

Maklumat Tambahan Berkaitan Daun Pandan
Nama Saintifikdaun Pandan : Pandanus amaryllifolious
Nama Inggeris: Screwpine Leaves

Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.

Di antara kegunaan daun pandan adalah:
  • Haruman - Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.
  • Pembalut - Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.
  • Pewarna - Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.
http://www.trymasak.my/
-------------
Kegunaan Daun Pandan

1. Sebagai pewangi makanan tanpa merubah rasa, misalnya ketika menanak nasi, buat kolak atau bubur kacang hijau, saus santan, sirap, minuman.
2. Sumber warna hijau selain daun suji.
3. Sebagai pengharum ruangan dan pewangi untuk campuran bunga orang meninggal.
4. Sebagai pemanis rangkaian bunga untuk pesta perkawinan.
5. Menghilangkan ketombe dan menghitamkan rambut: rebus 7 lembar daun pandan yang sudah dipotong-potong dengan air 1 liter sampai warnanya jadi hijau. Embunkan air rebusan tadi semalaman. Pagi harinya, campur rebusan daun pandan dengan air perasan 3 buah mengkudu masak. Gunakan untuk cuci rambut.

kredit http://elfrieda.wordpress.com/

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.