Monday, February 28, 2011

Khasiat Daun Saderi

Khasiat Daun Saderi,Khasiat Daun SupDaun Saderi selalunya dipanggil Daun Sup pada kebanyakan orang

Khasiat Daun Saderi mengandungi banyak Vitamin.
Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Khasiat Daun Saderi menjadi penawar menurunkan tekanan darah tinggi.
Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Khasiat Daun Saderi dapat mengubati keracunan.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Khasiat Daun Saderi juga Membantu pencernaan.
Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.

Daun Saderi Tingkatkan Keinginan Seks.
Daun SADERI dikatakan boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl, daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh terangsang dengan cepat. Ia lebih elok jika di makan mentah. Saderi dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.

Cara Tanam Daun Saderi
Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.

kredit ms.wikipedia.org



p/s Baru la aku tau saderi ni rupanya daun sup.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.