Saturday, February 19, 2011

Risau tumbuh ‘jerawat’ pada Alat Kelamin

Soalan
SAYA ingin bertanyakan baru-baru ini terdapat penumbuhan bintik putih pada alat kelamin saya. Ia seumpama jerawat tetapi ia tidak boleh di picit, kerana ia seolah-oleh tumbuhan isi yang berlebihan. Ia berlaku pada pada bawah kepala alat kelamin.

Ia tidak memberi sebarang kesan sakit atau gatal, tetapi saya ingin tahu adakah ini perkara luar biasa. ‘Jerawat’ ini adalah tidak jelas dilihat melainkan jika dilihat dengan teliti. Ia adalah kecil. Adakah perkara ini berbahaya?

ISHAQ,
Kuala Lumpur

Jawapan
Kulit permukaan penghujung zakar tidak licin macam kulit muka kerana ia bukan kulit. Ia lapisan mukosa yang kebetulan menjadi tebal kerana lama terdedah (untuk lelaki yang berkhatan).

Jadi sebagai kulit mukosa yang sentiasa terdedah dan bergesel, maka perubahan akan berlaku kepada permukaannya, seperti bintik kecil atau tompok berwarna mutiara atau ‘Pearly White Papules’. Bintik kecil yang kelihatan di permukaan kepala alat sulit ialah penghujung urat saraf atau ‘Nerve Endings’ yang mengandungi urat saraf yang banyak yang membuatkan penghujung alat kelamin sensitif.


Jika anda kelihatan tompok mutiara di kepala zakar anda, seperti yang anda gambarkan, anda tidak perlu khuatir atau was-was jika anda tidak melakukan seks rambang.

Penyakit kelamin yang boleh berlaku kepada penghujung zakar juga boleh memaparkan perubahan kulit yang seakan dan ini memang penyakit, tidak seperti ‘Penis Papules’ yang sebenarnya bukan penyakit, malah perubahan semula jadi akibat bahagian itu tededah.


Jadi anda tidak perlu runsing jika anda percaya bintik itu memang sudah ada lama di situ dan tidak memberi apa- apa simptom sejak ia timbul.


Anda boleh menjalani pemeriksaan dengan doktor yang pakar dalam perkara itu.

Memang digalakkan semua lelaki menjalani pemeriksaan kendiri anggota kelamin supaya dapat mengenali perubahan yang berlaku kepada anggota kelamin serta mendapat rujukan doktor supaya jika berlaku masalah, pemeriksaan sewajar dilakukan oleh doktor yang berkaitan.

sumber HMetro


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.