Wednesday, June 15, 2011

Tips Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat seringkali menjadi masalah kepada kita terutamanya kepada remaja-ramaja.Jerawat jika tidak dirawat dengan betul boleh meninggalkan kesan yang tidak elok kepada wajah.Disini saya akan berkongsi pelbagai Cara menghilangkan jerawat pada wajah.

Cara menghilangkan jerawat dapat dilakukan secara tradisional ataupun moden.Cara menghilangkan jerawat secara tradisional salah satunya adalah dengan rajin mencuci muka, sedangkan cara moden menghilangkan jerawat adalah dengan menggunakan teknologi atau peralatan canggih dari doktor.(seperti di New York Skin Care) .


Benda pertama yang sering kali diperhatikan jika kita bertemu seseorang adalah wajah.Jadi Kita perlulah menjaga kebersihan wajah kita. Jika di wajah kita ada banyak jerawat, pasti ini akan mengganggu penampilan kita…khususnya bagi perempuan yang selalu menitik beratkan soal kecantikan.

Jerawat boleh tumbuh dengan pelbagai sebab seperti kulit berminyak,alahan,debu.Namun kehadirannya jerawat boleh diatasi. Semestinya Anda perlu melakukan sedikit usaha untuk menghilangkan atau mencegah munculnya jerawat.


Dibawah ini saya adalah Tips Cara Menghilangkan Jerawat yang saya jumpa di internet.
Petua 1 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 2 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 3 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Petua 4 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 5 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 6 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

kredit www.petua.org


Mengikut maklum balas di komen www.petua.org ramai yang berpuas hati dengan Petua No7 Cara Menghilangkan Jerawat .

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Kacang Hijau
Suatu masa dulu saya pernah menghadapi masalah jerawat dan kulit berminyak yang agak teruk. Masalah ini mencacatkan penampilan saya yang sentiasa mahu kelihatan cantik dan berseri. Pelbagai produk telah saya cuba untuk mengurangkan masalah ini termasuklah produk mahal, murah, local, oversea. Namakan saja, segala-galanya telah saya cuba namun hasilnya - nothing!

Masalah ini terus membelenggu saya sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa satu petua di dalam satu majalah (maaf, saya dah lupa nama majalah tersebut). Petua tersebut menyarankan supaya menggunakan kacang hijau untuk menghilangkan masalah jerawat ini. Caranya :

  • Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer.
  • Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Saya menggunakan air biasa sahaja untuk mencuci ramuan ini. Tapi menurut makcik bidan di kampung saya, bahagian muka lebih baik jika dicuci dengan air suam-suam kuku yang telah dimasak terlebih dahulu.
  • Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan suami atau ibu anda untuk menyapukanya!

Anda juga boleh menyapukan ramuan serbuk kacang hijau ini hanya pada bahagian yang berjerawat sahaja. Saya sering melakukan ini apabila tidak berkesempatan!

Sebelum bertemu dengan ramuan kacang hijau ini, saya tidak pernah percaya pada kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Tetapi kini saya lebih yakin dengan bahan semulajadi berbanding produk-produk kecantikan yang melambak di luar sana. Mungkin juga kulit muka saya ini jenis "murahan" sahaja, sebab itulah tidak memerlukan "high maintenance!"

sumber petua-kecantikan-melayu.blogspot.com

Lagi Tips Cara Menghilangkan Jerawat
1. Mencuci wajah 2 kali sehari
Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita.

Namun perlu diingat juga,jangan mencuci wajah secara berlebihan apalagi menggosoknya karena ini akan meningkatkan pengeluaran minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut atau pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.

2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera tumbuh di kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. Jika boleh elakkan menggunakan kosmetik yang berminyak.
secara semulajadi wajah kita akan mengeluarkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi jika boleh elakkanlah menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi agen bakteria penyebab jerawat untuk ber’kampung’ di wajah kita.

4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi
Ini kerana bakteria menyukai tempat yang lembab dan hangat.

5. Minum air masak
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu sihat.

6. Gunakan pelembab kulit
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah. Namun pelembab disini bukanlah pelembab yang berminyak.Carilah pelembab kulit yang sesuai dengan anda di farmasi berdekatan anda.

7. Selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit berada dalam keadaan baik.

8. Selalu makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sayur-Sayuran mengandung banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyaklah makan Sayur-sayuran atau buah-buahan, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan membiak dikulit kita

9. Tidur dengan cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kitaperlu berehat. Jadi biasakanlah diri untuk tidur dengan cukup dan teratur. Kerana semasa tidur, kulit akan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga semasa kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.


10.Semasa menggunakan produk untuk rambut, cuba elakkan dari terkena wajah. Tutup wajah anda dengan tuala semasa menggunakan minyak rambut, hairspray.Selain itu setelah selesai mandi, jangan lupa bilas wajah anda untuk menghilangkan kemungkinan bekas shampo atau conditioner yang masih tertinggal di wajah.

11.Jangan sampai peluh, bakteria dan kotoran menempel di wajah. ikat rambut anda ketika panas dan hindari memakai topi dan kaca mata.

Cara menghilangkan jerawat melalui tips seperti diatas selamat bagi kesihatan dan tidak akan menyebabkan toksin pada tubuh anda. Tidak sama keadaannya dengan cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan kimia, bahan kimia kadang-kadang mampu menyebabkan kerengsaan/keradangan yang berpanjangan.

Cara menghilangkan jerawat yang mengandungi bahan kimia perlu berwaspada kadang-kadang dalam produk penghilang jerawat yang kita gunakan mengandung merkuri (raksa) dan formalin yang berbahaya bagi kesihatan kulit kita. Jangan sampai keinginan untuk menghilangkan jerawat di wajah merosakkan kecantikan wajah anda. Gunakanlah cara menghilangkan jerawat yang selamat untuk wajah anda.

2 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum..
Saye umor 14 tahun.saye ade masalah jerawat halus kat muke.sesuai ke kalau saye gune tips kacang hijau tu?
Kacang hijau tu memang kene kisar mcm tu jer ke?

old_trafford said...

boleh je guna petua ni..kalau ikutkan caranya memang kena kisar macam tu la.

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.