Sunday, July 10, 2011

Berlusconi berasmara lima kali sehari

Doktor peribadi dedah kemampuan luar biasa Perdana Menteri Itali ketika ditemuramah

MILAN: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mungkin sudah berusia 74 tahun, tetapi beliau masih sama hebat seperti seorang lelaki berusia 60 tahun dan mampu melakukan hubungan seks hingga lima kali sehari, kata doktor peribadinya.

Pendedahan mengenai kehebatan Berlusconi dibuat ketika pendakwa raya berkata, dua wanita muda membuat pertunjukan untuk keseronokannya dalam satu majlis tari menari dikenali bunga bunga.
Beliau sebelum ini menafikan dakwaan membayar sejumlah wang untuk melakukan hubungan seks dengan berpuluh-puluh wanita muda di kediamannya di pinggir Milan dan berkata, beliau tidak mempunyai stamina yang cukup.
Pada Januari lalu, Berlusconi berkata beliau mungkin ‘lebih hebat daripada superman’ jika mengadakan parti dengan 24 wanita.

Bagaimanapun doktor peribadinya Umberto Scapagnini yang juga seorang ahli parlimen dalam Parti Kebebasan Rakyat pimpinan Berlusconi berkata, perdana menteri itu mempunyai tahap kesihatan yang amat baik.

“Secara fizikalnya kesihatan beliau sama dengan lelaki berusia 60 tahun atau lebih muda. Berlusconi mampu melakukan hubungan seks beberapa kali sehari, biasanya empat atau lima kali. Beliau ada meminta nasihat saya mengenai suntikan dan pil. Saya menemuinya dua minggu lalu dan beliau cukup sihat.

“Saya hanya menasihatkan agar beliau tidur lebih sedikit mungkin satu jam atau satu jam setengah selepas makan,” katanya ketika ditemuramah stesen radio Itali, Radio24. Bagaimanapun beliau bukanlah seorang yang mendengar kata,” katanya.
Berlusconi sedang menghadapi perbicaraan di Milan selepas didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang penari separuh bogel Ruby dan menyalahgunakan kuasa kerana membebaskannya daripada tahanan polis atas dakwaan mencuri pada Mei 2010.

Dalam satu daripada majlis ‘bunga bunga’ remaja itu yang nama sebenarnya ialah Karima El Mahroug berkata, dia bercium dengan seorang lagi penari kegemaran Berlusconi, Nicole Minetti, 25.

Butiran kisah memalukan itu dinyatakan ketika permulaan perbicaraan di mana Minneti, Emilio Fede, 79 salah seorang pengacara saluran televisyen milik Berlusconi dan Lele Mora, 55, seorang ejen selebriti didakwa terbabit menyediakan khidmat pelacur untuk perdana menteri itu antara 2009 hingga 2010.

Dokumen pendakwa yang diserahkan untuk perbicaraan menyatakan bahawa Ruby terbabit bercium dengan golongan sejenis dengan seorang lagi wanita.

“Kita mengetahui daripada sumber maklumat bebas bahawa Berlusconi memang mempunyai minat dengan aksi begini,” kata pendakwa

Minetti bagaimanapun menafikan pembabitannya dan memberitahu mahkamah bahawa dakwaan itu palsu semata-mata.

Skandal seks juga membabitkan parti pembangkang walaupun dakwaannya tidak begitu berat seperti perdana menteri.

Seorang wanita yang bekerja dengan Parti Demokratik di bandaraya Pisa diarah meletak jawatan selepas dia didapati berlakon dalam filem lucah.

Wanita itu yang namanya tidak didedahkan memakai topeng ketika berlakon dalam filem My Mother Found Out, tetapi berjaya dikenal pasti sebelum dipanggil memberi keterangan oleh pegawai partinya. – Agensi-Berita harian

p/s Kuatnya Nafsu Berlusconi ni..keke..

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.