Wednesday, July 27, 2011

Biodata Azmi Muslim Pemain Malaysia

Azmi Muslim dilahirkan pada 7 october 1986.Azmi Muslim kini bermain untuk pasukan Kedah.Beliau juga kini salah seorang pemain Malaysia dibawah kendalian jurulatih Datuk K Rajagopal.

Sebelum menceburi liga profesional Malaysia Azmi Muslim pada asalnya adalah seorang Forklift driver di kawasan tempat tinggal beliau(kawasan georgetown,Pulau Pinang.

Kehadiran rancangan realiti TV, MY Team Season 1 yang diasaskan oleh Sherby Sigh telah membuka ruang kepada Azmi Muslim untuk menunjukkan bakat beliau didalam bidang bola sepak.

Produk MYTeam tv ini 'sempat menjengah' kedalam bolasepak pro negara pada musim 2008 sebelum meletup pada musim 2009 bersama pasukan MyTeam di liga Malaysia.Seorang fullback dan boleh diletakkan di sebelah sayap kerana kemampuan offensive beliau yang agak baik.

Azmi Muslim juga telah sempat menjadi part of the winning team utk sukan sea 2009.
Antara key moment beliau dalam sea games ni pastinya tidak boleh dilupakan adalah hantaran bermakna beliau sebaik digantikan ketika perlawanan peringkat kumpulan yang crucial iaitu menentang Thailand. Hantaran beliau ke far post Thailand 10 minit sebelum perlawanan berakhir sempat disambut oleh Nasriq Baharom dan menjaringkan gol sekaligus memberi harapan kepada pasukan kebangsaan Malaysia negara untuk meraih kemenagan pada perlawanan itu.



Hantaran thru pass beliau kepada Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea 2009 juga telah membolehkan Norshahrul berjaya meloloskan diri one-on-one berhadapan penjaga gol, dimana aksi itu telah menjadi pencetus kepada gol kemenangan Malaysia di peringkat akhir, sekali gus berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009.



Pada musim 2010, Azmi Muslim telah menandatangani kontrak sebagai pemain Kedah.



Nama : Azmi Muslim
Posisi :Pertahanan
Nickname :Mielim
Tinggi:1.80 m (5 kaki 11 inci)
Kelab Sekarang: ATM
No Jersi Kelab: 14
No Jersi Pasukan Kebangsaan: 11




sumber rujukan www.harimaumalaya.com


1 comments:

Haney said...

Azmi muslim??sape tuu??

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.