Saturday, July 9, 2011

Cara cepat menambah berat badan

Menambahkan berat badan bagi sesetengah orang merupakan satu yang benda sukar.Ada sesetengah orang begitu mudah menambah berat badan namun ada juga susah untuk menambah berat badan meskipun telah berusaha sedaya upaya.

Cara menambah berat badan pada dasarnya adalah membuat kalori yang masuk ke tubuh Anda lebih banyak dari yang dikeluarkan oleh tubuh Anda. Menambahkan kalori yang masuk dapat Anda lakukan dengan memperbanyakkan makan. Agar penambahan berat badan yang terjadi adalah seperti berotot, perlu juga dilakukan senaman, jika senaman dilupakan maka hanya akan menambah lemak tubuh.

Antara Cara cepat menambah berat badan adalah makan makanan yang berlemak tapi jangan terlalu banyak ikut diet permakanan seimbang.contohnya ayam,daging lembu.

Langkah-langkah yang harus kamu lakukan diantaranya:
1.Minum susu sebelum tidur
2.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak
3.Minum air masak/mineral minimum 10 gelas sehari
4.Tidur 8 jam sehari.
5.Bersenam(tidak kisahlah sukan apa. contoh jogging)

p/s 1 bulan akan menunjukkan hasilnya Selamat Mencuba!!

Selain makanan, pola rutin seharian juga mempengaruhi meningkatkan berat badan,Anda juga boleh cuba Cara cepat meningkatkan berat badan dengan cara dibawah ini.

  1. Perbanyak mengambil protein.Protein adalah salah satu sumber makanan yang cepat menjadi daging serta mempercepat proses pertumbuhan.Jika dibandingkan dengan memakan makanan berminyak dan berlemak, protein akan membuat anda gemuk berisi daging, bukan gemuk berlemak.
  2. Hidup santai dan senang,jangan stress. Stres itu adalah salah satu keadaan paling sia-sia yang menghabiskan banyak tenaga anda. Jadi, hindari stress, segera selesaikan masalah yang ada, dan jauhi tempat-tempat yang mungkin membuatkan anda stress.
  3. Duduk dirumah maksudnya tidak keluar rumah, ini dapat mengurangkan pengeluaran tenaga.Kalau boleh, kurangkan aktiviti yang kurang bermanfaat di luar rumah. Alihkan ke kegiatan yang lebih bermanfaat di dalam rumah.
  4. Banyak minum Air kosong. Jelas ini akan memperlancar semua proses yang dilakukan dalam tubuh. Sehingga tubuh kamu akan lebih sihat untuk menggemukkan diri.
  5. Banyak mengambil snack sebelum tidur.Tetapi bukan sembarang snacks.Pilihlah Snacks yang mempunyai kalori tinggi.
  6. Minum susu sebelum tidur. Jelas sangat sehat dan memperbanyak protein. Setelah makan snack dan minum susu,jangan lupa gosok gigi!
  7. Jangan suka berjaga.- Hindari kopi.Berjaga dan kopi adalah salah satu punca yang mudah sekali membuat kita menjadi kurus.
  8. Alternatif yang lain adalah melalui fitness dan bersenam dengan pola makan bergizi, cara ini memang agak memerlukan kos sedikit, tetapi kaedah ini dapat menjadikan berat badan yang sihat dan ideal.
Diharap dengan perkongsian Cara cepat menambah berat badan ini dapat menambahkan berat badan anda.

rujukan yahoo answer

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.