Monday, July 11, 2011

Cara Nak Hilangkan Tanda-Tanda Demam Campak

Salam.
Saya baru kena demam campak.Hari ni hari ke 4.Umur saya 28 tahun baru kena.Demam tak sangat cuma naik bintik-bintik campak kat muka, badan, dan kaki.Soalan saya, berapa lama biasanya demam campak ambil masa untuk sembuh? Dan Macam mana nak hilangkan tanda-tanda parut demam campak?

Untuk Makluman Anda,saya tak makan kicap, telur, ayam, daging.Kalau Ada sesapa yang boleh share tips,saya sangalah hargai.Terima Kasih Banyak.

Jawapan

1.Tempek bedak sejuk, jangan kena hujan(Nanti akan tinggalkan parut kekal),jangan makan kicap,minum air kelapa banya-banyak.InsyaAllah tak teruk Sangat.Tapi parut tu mesti ada melainkan kalau kena masa baby mungkin tak nampak parut tu.

2.Pakai calomine lotion.Lotion ni sejuk, untuk menghilangkan kegatalan.Lotion ni selalunya doktor akan bagi selepas kita jumpa dokter untuk ambik ubat.

Kalau campak biasa iaitu measles takkan ada parut.Jika kena chicken pox iaitu cengkering - yang macam jerawat tu ,barulah ada parut jika masa jerawat campak ni jadi kuping tu kita tanggalkan sendiri.

Petua orang dulu dulu ialah minum air kelapa untuk penawar dan untuk semua campak keluar. kemudian bila semua campak dah keluar, kena pakai bedak sejuk yang diperbuat dari beras bercampur dengan daun cermai. kalau nak hilangkan gatal, dikebas dengan daun mambu.

Untuk mengurangkan demam campak atau chicken pox, boleh juga guna petua dibawah ini.Petua ini ambil dari blog lamanpetuasukma.com

Cara Nak Hilangkan Tanda-Tanda Demam CampakGambar Kulit yang terkena demam Campak

Caranya :

1. Minum air kelapa muda untuk mengurangkan iritasi akibat demam campak.

2. Selepas bintik-bintik campak keluar, makan kuning telur yang direbus supaya penyakit demam campak tersebut tidak berulang dan supaya bisa campak akan surut..

3. Ambil air cucian beras yang pertama sebagai mandian, ini untuk mengeringkan dan menghilangkan kesan campak.

4. Mandi tanpa menggunakan sabun selama tiga hari.

InsyaAllah demam campak atau chicken pox akan sembuh tanpa meninggalkan tanda.


Ada tak sesiapa ada lagi petua tentang Demam Campak ni boleh la tinggalkan komen dibawah.

rujukan forum cari.

6 comments:

armouris said...

lagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

sha my heart said...

oo, begitu..

risau jugak sb demam campak ni berjangkit

HANI said...

boleh guna bedak sejuk dak untuk demam campak?org tua2 kata jgn berbedak...tkut nanti xkuaq habis...

Anonymous said...

ade org kate tak boleh mndi selagi tak smbuh...huhuh.....rimas le...tpi ade plk kate boleh mandi plk...huhuh.....

old_trafford said...

To Hani:

Tak pasti pulak yang tu..Maklumat kat sini pun ambik kat internet..hehe

Selalunya kalau pegi kat klinik dokter mesti bg satu lotion tu(kalau x silap calamine lotion) untuk sapu dekat kulit. Lotion tu bila kering jadi macam pakai bedak sejuk.

To Anonymous:
Rasanya boleh je mandi,Mungkin mula2 kena tu susah sikit nak mandi sebab ada bintik2.. Saya dulu pernah kena, x sembuh lagi dah mandi.kena mandi gak sebab nak cuci ubat yang ditempek kat kulit tu..

zul said...

haah, umur nak masuk 46 baru kena, pi hosp dpt mc 11 hari, makan antibiotik 7 hari, baru semalam stat keja...oooi seksa ooi, parut hitam penuh kat muka dan badan.

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.