Saturday, July 9, 2011

Cara Menghilangkan Jerawat Di Kepala

Perlu anda ketahui bahawa jerawat boleh tumbuh di mana saja, samada di wajah,belakang badan,punggung ataupun di kulit kepala anda. Kerana jerawat merupakan gejala awal yang menunjukkan adanya ketidakteraturan di dalam tubuh.

Ringan atau berat keadaannya sebaiknya jerawat tetap harus diwaspadai dan anda harus tangani secara menyeluruh. Bukan hanya kerana sistem pencernaan yang kurang baik tetapi juga kerana kegagalan proses peneutralan atau penyingkiran toksin atau radikal bebas dalam badan.

Biasanya jerawat muncul kerana pengeluaran minyak yang berlebihan yang bercampur dengan kotoran, sel-sel kulit yang mati atau serpihan-serpihan dari apa yang anda pakai dikepala anda.

Kotoran yang menempel tersebut akhirnya menyumbat pori-pori dan membuat minyak tidak boleh keluar. Kuman mampu berkembang biak dengan leluasan dan mengeluarkan kotoran dalam bentuk asid lemak lalu muncul jerawat yang memerah ataupun meradang.

Memang ketika anda melihat jerawat muncul pada permukaan kulit kepala, pasti anda ingin segera memusnahkannya dengan cara memicitnya. Apabila anda melakukannya dengan tidak hati-hati maka akan memudahkan jerawat semakin banyak.

Tetapi rasanya sukar ketika anda memicit jerawat yang berada di kulit kepala kerana anda tidak boleh melihatnya. Boleh saja anda memicit jerawat, apabila sudah matang atau sudah siap di permukaan dan sekitarnya tidak ada keradangan atau tanda jangkitan.

Kerana jika ada keradangan disekitarnya iaitu masih terasa sakit dan mucul kemerahan atau nanah ketika anda ingin memicitnya maka jerawat akan pecah dan jangkitan akan menyebar pada kawasan sekitarnya. Keadaan ini akan lebih memudahkan munculnya jerawat berhampiran jerawat tersebut.

Salah satu faktor kenapa terdapat jerawat pada kulit kepala tidak bersih ketika anda mencuci rambut anda. Kerana kulit yang bersih adalah rambut yang sihat, jadi sesuaikanlah jadual mencuci rambut dengan keperluan rambut anda.

Bila rambut berminyak cucilah lebih kerap agar tidak terasa melekit. Bagi rambut kering sebaliknya. Kerana mencuci terlalu kerap akan menghakis minyak semula jadi kulit kepala.

Pilihlah shampo yang sesuai dengan keadaan rambut dan kulit kepala anda. Lebih elok jika anda memilih shampo yang tidak mengandungi conditioner kerana keperluan untuk setiap rambut berbeza.

Conditioner sering disebut sebagai pelembab rambut karena fungsinya melembutkan, melindungi rambut dari sinar matahari dan membuat rambut mudah diurus. Hindari menggunakan shampo terlalu banyak kerana belum tentu bersih.

Tuangkan shampo secukupnya pada telapak tangan lalu dicampur dengan sedikit air dan gunakan pada permukaan kulit kepala secara merata.

Untuk menjadikan penggunaan shampo serata dan bersih maka gosoklah kulit kepala dengan hujung jari.Jangan menggunakan kuku tapi dengan hujung jari dan bilas hingga betul-betul bersih. Lebihan Shampo yang tertinggal di kulit kepala boleh menyebabkan kelemumur. Jadi proses pembilasan sangat penting dan akan menentukan kebersihan kulit kepala anda.

Untuk mengatasi kulit kepala yang berjerawat, anda boleh lakukan aromatherapy yang menggunakan minyak esensial. Ada beberapa minyak esensial yang boleh anda gunakan untuk mencegah jerawat.

Minyak esensial tea tree, eucaliptus, thyme linalol adalah untuk antikuman. Esensial Lavender berfungsi untuk mengurangi peradangan, mempercepat penyembuhan, melegakan,, merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan mencegah timbulnya jaringan parut. Ingin mengurangi keradangan dan anti alahani maka anda boleh gunakan minyak esensial Chamonile. Untuk antidepresi maka anda boleh gunakan minyak esensial Bergamot.

Minyak esensial lemon dan serai atau lemograss boleh dijadikan sebagai astrigen yang mampu mengurangi pengeluaran minyak, mengeringkan dan mengecilkan pori. Ketika minyak ini memiliki efek photosensitizer maka akan menyebabkan kulit sensitif terhadap pancaran sinar matahari seperti kulit memerah, iritasi dan menimbulkan noda hitam.

Fungsi minyak esensial Geranium dan Ylang-ylang adalah untuk mengawal pengeluaran sebum atau menyeimbangkan pengeluaran sebum. Bila anda memiliki jenis kulit yang berminyak maka minyak esensial ini akan mengurangi pengeluaran minyak pada kulit. Sedangkan pada kulit kering, minyak esensial akan merangsang kulit untuk memgeluarkan minyak.

Sebelum anda menggunakan minyak esensial ini dalam jumlah banyak untuk merawat jerawat sebaiknya anda cairkan dulu dengan menggunakan minyak pengecer (carrier oil).

Caranya cukup sediakan besen yang telah berisi air suam-suam kuku lalu wapkan rambut anda lalu tutup dengan tuala. Agar wap yang dikeluarkan sampai pada kulit kepala anda. Semoga bermanfaat perkongsian tips cara menghilangkan jerawat di kepala ini.

Kredit Yahoo Answer


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.