Saturday, July 9, 2011

Cara Menghilangkan Jerawat di Belakang Badan, Punggung

Jerawat boleh tumbuh di belakang badan, baik di punggung ataupun lengan.Jerawat jenis ini biasanya dikenali sebagai bacne aka. back acne. Bentuknya pun pelbagai,ada yang berbentuk butiran kecil biasa, benjolan kehitaman,hingga membentuk kista. Bacne lebih menyakitkan jika dibandingkan dengan jerawat biasa kerana banyak pori-pori yang terkena berbanding dengan di bahagian wajah.

Penyebab jerawat di belakang badan( bacne) tidak diketahui puncanya.Menurut ilmu pengubatan cina, terjadinya jerawat dibadan disebabkan kerana adanya faktor panas yang berlebihan didalam tubuh (seperti panas dalam). Namun, sebagaimana halnya dengan jerawat muka, jerawat di belakang badan ( bacne) banyak dialami oleh remaja yang baru menginjak baligh.

Bagaimana Mengatasi jerawat di belakang badan?

  • Ketika ia masih diperingkat awal,jerawat di belakang badan boleh diatasi sendiri dengan menyapu krim benzoil peroksida 10% dan asid salisil(Salicylic acid). Namun, bila sudah kritikal, Anda harus berjumpa dengan dokter pakar kulit. (Bacne) yang sudah parah tidak cukup hanya ditangani secara topikal (hanya di bahagian yang terkena). Anda kemungkinan harus mengambil antibiotik dan antiinflamasi tertentu untuk menghilangkan jerawat tersebut dari dalam.

  • Selalu tukar baju anda apabila berpeluh setelah bersukan atau kepanasan.

  • Sesuaikan pakaian anda dengan yang lebih longgar sehingga tidak menimbulkan geselan pada jerawat Anda. Gunakan pakaian lembut dari bahan yang mengandung banyak cotton.


Bahan semulajadi menghilangkan jerawat boleh dikatakan adalah putih telur dan mentimun. Seperti yang kita tahu , manfaat putih telur itu besar yaitu mengangkat sel–sel kulit mati, khasiat mentimun pula adalah berkesan menghilangkan noda hitam di kulit.Jadi,Kedua-dua bahan semulajadi ini boleh kita adun supaya menjadi ubat jerawat dipunggung. Berikut adalah Cara/tips yang saya jumpa untuk menghilangkan jerawat di punggung/ belakang badan secara semulajadi :
  1. Asingkan putih telur dengan kuningnya, kemudian kacau putih telur hingga kaku/padat
  2. Potong mentimun kecil-kecil
  3. Kisarkan mentimun dan putih telur hingga bercampur dan menjadi jus.
  4. Oleskan atau Sapu ke badan/punggung, biarkan selama 15 minit hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.
  5. Berdoa supaya jerawat di punggung akan hilang.

Lakukan rawatan terhadap jerawat di punggung setiap hari selama seminggu, atau hingga jerawat hilang.Semoga Cara/tips ini bermanfaat untuk menghilangkan jerawat di dibelakang badan/punggung .

1 comments:

samad said...

thanks..

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.