Monday, July 11, 2011

Sebab Cacing Masuk Dalam Perut |Jenis dan Ubat cacing

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak.Terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan sesuatu makanan yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.-Inilah sebab atau puncanya cacing masuk perut

Dibawah ini ialah satu cerita seorang doktor merawat cacing seorang kanak-kanak.

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor “ular” di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa… betul kata si ayah… ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya….

Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab… mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin… Saya cuba nak tunjuk kepada Member saya… tapi mereka menolak dengan penuh “sopan”… hehehe… tak pernah-pernah sopan macam tu…

Jenis Cacing-cacing yang popular di Malaysia:

-Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
-Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
-Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
-Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :
  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas. bolehlah pergi ke klinik secepat mungkin.

Sumber http://zakialjufri.wordpress.com/

4 comments:

Anonymous said...

Salam.. Saya 28 tahun.. Tp still lagi mengalami masalah cacing.. Mm.. Boleh x suggest cm mn cara yg terbaik.. Apa akn jadi jika cacing 2 menjadikan manusia sebagai perumahnya,. Mm.. Mungkin ka ini yang menghalang seseorang mnjadi berisi wlu pn mkn ikt masa dan banyak2.. Hehe.. Moga2 tuan punya empunya blog ni dpt reply.. Mm.. 0133194323

old_trafford said...

Saya bukan doktor,heheh.
Mungkin saudara elok pergi ke Klinik dan tanya doktor disana cara mengatsinya..

old_trafford said...

Saya ada membuat carian di internet,
makan bawang merah boleh membunuh cacing dalam badan.

Mungkin boleh cuba cara ini.

Anonymous said...

hehe.. thanks.. selamat berpuasa.

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.