Friday, July 1, 2011

Siapa Siapa Tahu Alamat Dan Telephone No Perubatan Tradisional Buang Susuk

Lain macam je Tajuk kat atas tu? Tuan blog ni pakai susuk ke? hehe.. sebenarnya tu adalah keyword yang yang masuk ke blog ni..Jadi Siapa siapa tahu alamat dan telephone no perubatan tradisional buang susuk.boleh la share kat sini..kesian orang tu nak buat susuk.tapi yang Islamik punya la.Yang tak Islamik tak yah Share.

Dibawah ini saya ingin berkongsi maklumat/alamat/No Pengamal Perubatan tradisional buang susuk yang saya jumpa.

Alamat tempat Rawatan/Wakil Kumpulan At-Thobibi :
Cawangan Kuala Lumpur (Pejabat Urusan/Produk)
SINAR ZAMDURRANI N0.12-1, Dataran Vellodrom Cheras, Bandar Tun Razak 56000 K.Lumpur
No Telefon: 017-6499818/0176059383

Alor Setar Kedah

No. 57, Taman Kita, Jalan Sultanah Bahiyah, Mergong 05350 Alor Setar
Tel : Al-Fadhil Us. Ghani 019-5483099
Hari Selasa Bersama Ustaz Sharhan Shafie/Ustaz Ghani
Waktu : 9.00mlm-11.00mlm

Slim River
Untuk Pertanyaan/temujanji rawatan Sila Hubungi :-
Al-Fadhil Ustaz Kamarul Hawadis 012-6661569/012-9319967

Kuantan/Jerantut (Pahang) Cikgu Anuar 017-9779070

Kota Kinabalu
Untuk Pertanyaan/temujanji rawatan Sila Hubungi :-
En. Rafli / Us. Amir : 0128613767

Sandakan/Kinabatangan, Sabah> Ustaz Kadir 013-8920513

maklumat lanjut sila ke http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/rawatan.php
--------------------------------------------------------------------------
Ni number Kak Liza - 0139054130.
Alamat : Kg Paya Berenjut, Lrg 6, Kemamaman, Terengganu.
Rawatan yang diberikan juga tidak dikenakan Bayaran.

sumber artikel forumcari
KUALA LUMPUR: Ramai artis negara ini yang ingin kelihatan jelita dan mengekalkan populariti masih taksub dengan pemakaian susuk, biarpun zaman serba maju kini menawarkan pelbagai bentuk rawatan moden dan solekan.

Akibatnya ada yang terpaksa menanggung derita, termasuk diserang penyakit misteri dan jiwa sentiasa tidak tenteram akibat diganggu ‘penunggu susuk’.

Seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh) di Kemaman, Terengganu yang terkenal dengan kepakarannya membuang susuk, Liza Hamzah, 40, berkata dia sering dihubungi dan didatangi artis yang ingin mendapatkan khidmatnya.

“Saya pernah mengeluarkan susuk seorang artis veteran yang cukup terkenal tetapi menderita. Selang tiga bulan kemudian, saya dengar dia meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Berenjut.

Liza mendakwa, sehingga ini lebih 20 artis datang mendapatkan khidmatnya sama ada mengeluarkan susuk, memerdukan suara atau menaikkan seri muka.

Katanya, kebanyakan pemakai susuk, termasuk artis dan orang kenamaan, menemuinya dan menyuarakan hasrat membuang susuk, tapi pada masa sama mereka bimbang tindakan itu menyebabkan wajah mereka bertukar hodoh.

“Itulah masalah utama mereka. Baru-baru ini seorang artis lelaki berusia 40-an menghubungi saya dan menyuarakan kebimbangan sama. Dia telefon banyak kali. Namun, saya menasihatinya supaya usah bimbang dan lebih baik buang sebelum susuk makan diri,” katanya.

Liza berkata, susuk berlian, emas, jarum dan beras adalah empat susuk yang biasanya digunakan wanita atau lelaki untuk ‘ditanam’ pada wajah bagi menaikkan seri.

Bagaimanapun, berlian dan emas adalah susuk popular bagi artis dan golongan berada, manakala susuk jarum dan beras digunakan penari tarian tradisonal.

Namun di sebalik wajah berseri, lama kelamaan pengguna susuk menjadi lemah dan tidak bermaya kerana susuk dikatakan memakan diri secara tidak sedar.

“Ini kerana susuk itu mempunyai penunggu,” katanya yang mengakui sering didatangi pemakai susuk untuk mendapatkan khidmat merawat dan mengeluarkan semula susuk.

Liza berkata, kerja menanam susuk pada wajah biasanya dilakukan bomoh Indonesia atau bidan dengan bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000.

“Saya tidak nafikan, sebaik susuk emas, berlian, beras atau jarum dikeluarkan, wajah pemakai nampak berkedut halus, tapi ia tidak ketara. Jadi, mereka tidak perlu bimbang hal itu,” katanya yang lebih tujuh tahun mendalami ilmu perubatan tradisional, termasuk membuang susuk.

Liza menyarankan pemakai susuk segera membuangnya kerana memakai susuk akan memakan diri secara perlahan-lahan apabila diserang pelbagai jenis penyakit misteri yang sukar disembuhkan.

“Saya nasihatkan mereka yang memakai susuk supaya membuang amalan syirik itu yang memudaratkan diri dan menggunakan cara yang digalakkan Islam.

“Pemakai susuk tidak perlu bimbang dengan gangguan ‘penunggu’ susuk kerana mereka dibekalkan air dan limau nipis yang dijampi dengan ayat al-Quran.

“Setakat ini saya bersyukur mereka yang membuang susuk menggunakan khidmat saya boleh hidup tenteram, sihat dan tidak lagi diganggu penunggu susuk itu,” katanya yang bersuamikan seorang nelayan berusia lingkungan 40-an.

Liza yang turut berkemampuan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit berkata, khidmat diberikan tidak dikenakan bayaran atau pengeras kerana niatnya membantu adalah murni.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.