Saturday, July 9, 2011

Siapa Yang Layak Bayar Cukai Pendapatan

Bagaimana nak tahu yang kita ini layak ke tidak layak untuk membayar cukai pendapatan? Hayati senario di bawah;

PAR A: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
PAR A: RM 800 aje Encik...cukup-cukup makan
Hamba Allah: Alhamdulillah, kalau awak cakap cukup untuk tanggung keluarga. Awak kena kerja keras sedikit..cari "side income" atau buat kerja "part-time" tambahkan pendapatan awak. Tapi jangan risau, awak tak dikenakan cukai.

Kerani B: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Kerani B: Takda la banyak sangat, dalam RM 1500 jer.
Hamba Allah: OK, untuk tahun ini awak tidak dikenakan cukai. Kalau awak gigih bekerja dan dinaikkan pangkat nanti baru awak kena cukai.

Juruteknik C: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Juruteknik: RM 2000 jer bang, itupon kalau saya tak "rempit" buat overtime
Hamba Allah: Rajin-rajin la buat OT...baru masyuk tiap tiap bulan. Tapi kalau gaji yang awak cakap tadi...tak kena bayar cukai pendapatan...

Jurutera D: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Jurutera D: ermm...satu hari saya dapat RM 110 ..campur kalau buat OT dalam RM 30...bahagi dengan 4 untuk prestasi harian...bila di plotkan dalam graf dan di ambil kecurunan graf tersebut..gaji saya dalam....ermm
Hamba Allah: aduh, tahu la awak engineer...tak perlu la nak dimasukkan pengiraan statistik atau "engineering math"...saya tanya simple..dalam slip gaji awak...berapa gaji bersih awak dapat?
Jurutera D: RM 2500
Hamba Allah: haaa kan senang...ok pi LHDN daftar sebagai pembayar cukai.
Jurutera D: terima kasih encik...tapi encik, gaji saya kalau di purata dan di ambil MOD..
Hamba Allah: sudah, sudah, sudah...banyak cakap la..takyah kira-kira lagi..awak memang layak..

Prof. A: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Prof sekarang duduk dekat mana? Anak-anak dekat rumah sihat?
Prof. A: Eh, saya tanya, saya ni kena cukai ke tidak? Kenapa awak nak keluar dari tajuk pulak?
Hamba Allah: minta maaf dulu prof...Prof sememangnya layak..takkan prof tak ingat berapa banyak nombor angka dalam slip gaji prof...da professor pon nak tanya lagi??????
Prof A terus pusing kebelakang tanpa menoleh ke belakang...
Hamba Allah: puas hati aku...da tua bangka pon nak tanya lagi..

Begitula beberapa senario yang menceritakan kelayakan anda untuk dikenakan cukai. Mungkin anda pernah di tanya soalan yang sama sebelum ini. Untuk senario di atas, berapakah sebenarnya gaji bersih bulanan untuk melayakkan anda sebagai pembayar cukai?. Jawapannya, jika gaji anda melebihi RM 2209 setiap bulan, anda LAYAK dikenakan cukai pendapatan. Untuk lebih tepat, kita rujuk pada kenyataan LHDN;

"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."

sumber http://ceido.blogspot.com

1 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

Salam,
saya nk pinjam link entry awak untuk post dalam blog saya.

xpekan untuk share kan??

heee

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.