Tuesday, August 9, 2011

Youtube Final Sepak Takraw ISTAF 2011 Malaysia Vs Thailand | Stadium Titiwangsa

Malaysia tewas 0-3 kepada Thailand pada perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa (24 Julai 2011).

Thailand memenangi mudah set pertama dengan kelebihan 15-4 dalam masa 11 minit keatas Malaysia yang diwakili Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam.

Malaysia gagal menyekat kemaraan Thailand yang terkenal dengan gelaran "Gajah Putih" itu untuk terus memburu kemenangan di set kedua dengan mata 15-6 dalam masa 14 minit.

Pada set ketiga, usaha skuad negara untuk menyekat trio Thailand yang dibarisi oleh Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee memenangi set itu juga gagal apabila sekadar meraih mata 15-11.


Youtube Sepak Takraw Final ISTAF 2011 Malaysia Vs Thailand di Stadium Titiwangsa (24 Julai 2011)


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.