Saturday, October 22, 2011

(Gambar) Trak Sampah Recycling Tevez’ di luar Old Trafford

 Gambar Trak Recycling Tevez di Old Trafford(Gambar) Trak sampah besar dengan tulisan ‘Recycling Tevez’ di luar Old Trafford.

CARLOS Tevez tiba-tiba menjadi musuh nombor satu di Manchester dan mungkin perlu mengelak dari berkunjung ke Old Trafford, esok.

Penyerang Argentina itu yang meninggalkan Manchester United untuk bersama pasukan jiran, Manchester City pada 2009 terlepas peluang beraksi dalam pertemuan pasukan teratas liga selepas didakwa enggan bermain menentang Bayern Munich bulan lalu hingga dipinggirkan pengurus, Roberto Mancini.

Sejak itu, penyokong City mula melupakan bekas kapten mereka dan Manchester kini nampaknya sepakat untuk menyingkirkan bekas bintang West Ham itu.

Malah tidak mungkin pemain berusia 26 tahun itu akan muncul di laman kelab lamanya esok memandangkan kedua-dua pasukan kini bersedia meluahkan kekecewaan terhadap pemain itu.

Syarikat pertaruhan, Betfair, penaja kelab Manchester United, akan meletakkan trak sampah besar dengan tulisan ‘Recycling Tevez’ di luar Old Trafford, esok dengan cat separuh merah dan biru bagi membolehkan penyokong membuang replika jersi dengan namanya untuk ditukarkan dengan yang baru.
Fan Manchester membuang jersi tertera nama tevez ke dalam trak sampah

Lebih 75,000 penyokong dijangka datang dari Sir Matt Busby Way dan digalakkan membuang jersi Tevez yang akan dihantar ke Argentina dan diserahkan kepada badan kebajikan negara itu.

“Sudah beberapa kali Tevez mengecewakan peminatnya,” kata jurucakap Betfair, Alex Bake.

“Tiada cara yang lebih baik untuk penyokong menunjukkan kebencian mereka selain membuang jersi mereka.

“Kedua-dua penyokong itu jarang bertemu tetapi saya pasti mereka akan berpuas hati jika dia meninggalkan Manchester, ketika musim perpindahan Januari depan.”

Malah Tevez kini terdesak untuk meninggalkan Stadium Etihad apabila musim perpindahan bermula Januari depan dan kariernya bersama City bakal berakhir ketika Mancini masih mengendalikan kelab itu.

Penyerang itu yang diburu bekas kelabnya Boca Juniors, Corinthians dan West Ham, berlatih sendirian sejak minggu lalu di Carrington sejak kembali ke kelab itu berikutan penggantungan selama dua minggu.

Berita mengenai kempen ‘Recycling Tevez’ kini sudah pun hangat dibincangkan di Twitter.Peminat Manchester City, Gore93Mcfc, menulis: ‘Jika ada trak sampah Tevez di luar City, saya akan membuang jersi Tevez milik saya.”

Seorang penyokong United, 1Philadelphia menulis: ‘Satu-satunya perkara yang menyatukan kedua-dua penyokong Manchester United dan Manchester City adalah ‘’Trash Your Tevez Shirt’!’

Trak berkenaan akan diletakkan di kawasan Old Trafford mulai jam 10 pagi waktu tempatan, esok.-Metro


Video Komen Peminat Manchester


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.