Saturday, November 19, 2011

David Beckham boleh Main Sukan Olimpik 2012, Safee Sali pun kira boleh jugaklah kan

LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan pemain sayap Los Angeles (LA) Galaxy, David Beckham bagi menghadapi kempen Euro 2012 di Poland dan Ukraine tahun depan.

Begitupun, bekas pemain tengah Manchester United itu berkata, dia tidak akan mengalah, sekali gus terus mempamerkan persembahan aksi konsisten bagi memikat semula hati Capello.

Beckham yang telah membuat 115 penampilan bersama skuad The Three Lions dilaporkan bakal berhijrah ke kelab Perancis, Paris St. Germain bagi memulakan kariernya di pentas antarabangsa.

Namun, Capello tetap dengan pendirian untuk tidak menyenaraikan Beckham bagi menyarung jersi England.

Ditanya sama ada Beckham ada dalam perancangan bagi menghadapi pusingan akhir Euro 2012, Capello menjawab: "Tidak. Namun, saya fikir dia akan disenaraikan dalam skuad England bagi temasya Sukan Olimpik 2012," kata Capello.

Pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Beckham diletakkan selaku jurulatih sampingan skuad The Three Lions selepas terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Tidak mustahil perkara tersebut akan turut dilakukan Capello pada pusingan akhir Euro 2012 nanti.

"Saya masih belum memikirkan mengenai perkara ini lagi. Sekiranya ada sebarang keputusan dibuat, saya akan maklumkan," jelas Capello.

Sebagai rekod, kali terakhir Beckham beraksi buat England adalah pada kempen kelayakan Piala Dunia menentang Belarus dua tahun lalu. - Agensi

Sumber Kosmo
-----
P/s Nanti selepas Skuad Harimau Muda balik dari Sukan Sea edisi ke 26 di Indonesia mesti ada yang letih lagi terutamanya Striker-Striker tu. Ya la.. Pastu nak lawan Syria pulak 23 November ni untuk kelayakan Sukan Olimpik London 2012 . Jadi Encik Ong Kim Siew apa lagi try contact la Encik Rajagopal cakap nak pinjam Safee Sali dengan Safiq Rahim tu.hehe

Khabarnya baru-baru ni mereka jaringkan gol semasa Friendly lawan India. Rugi kalau tak ambik. Jangan Sia-siakan bakat, kemahiran,tenaga dan pengalaman mereka begitu saja. Banyak dah duit habis kat bola sepak.

Juan Román Riquelme yang berumur 29 tahun boleh main Sukan Olimpik Beijing 2008 siap jadi kapten lagi. (sekarang dah umur 33 tahun). Safee Sali,Safiq Rahim yang masing-masing baru berusia 27, 24 tahun kenapa pulak tak boleh. Jika ada Kakitangan FAM yang terbaca blog ini try la tanya tengok Jawatan Kuasa (JKK) Sukan Sukan Olimpik kat London tu untuk kepastian.

Kepastian itu mungkin membantu Skuad Malaysia membawa pulang Pingat Emas Pertama dari acara Bola Sepak di Sukan Olimpik nanti -bye hehe

Senarai Pemain Bola Sepak yang melebihi umur 23 tahun yang beraksi di sukan Olimpik Beijing tahun 2008 (Yang ketahuan saja, yang tak ketahuan mungkin ada lagi)

Ronaldinho
Román Riquelme

-Petikan dari - nysun.com
Soccer at the Olympics is an absurd amalgamation of Olympic past and present, neither a pure amateur pursuit, nor a full-blown professional competition. The national teams are limited to players under 23 years of age, with three slots available for veterans 23 or older. The intent is to showcase young, up-and-coming talent, while providing for a few experienced leaders in each squad. But the precociousness of modern soccer players cannot be contained by an under-23 age limit. Indeed, some of the world's best players can't even legally order a beer in the America. So the supposedly limited talent on display at the Beijing Olympics is breathtaking.

(Maklumat diatas ini hanyalah dari pemahaman penulis daripada fakta yang dijumpai diinternet. kalau ada salah dan silap harap maaf...)

*Update - Pemain yang berumur 23 tahun atau lebih dibenarkan setelah sesuatu pasukan itu telah layak ke peringkat akhir Sukan Olimpik. Jadi jika Malaysia telah layak ke peringkat saingan akhir Sukan olimpik Safee sali boleh la join, tapi tadi Malaysia baru saja kalah dengan Bahrain. Agak Mustahil Malaysia akan ke peringkat Akhir.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.