Friday, November 18, 2011

FA dakwa Suarez sebab Racist Evra

LIVERPOOL: Penyerang Liverpool, Luis Suarez kelmarin didakwa Persatuan Bola Sepak (FA) England berikutan ejekan berbentuk perkauman kepada pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Pengumuman FA itu dibuat selepas badan induk itu melakukan siasatan selama lebih sebulan berhubung dakwaan terhadap Suarez ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 15 Oktober yang berakhir seri 1-1.

Suarez bagaimanapun menafikan tuduhan itu manakal United sudah menyatakan pendirian untuk menyokong sepenuhnya Evra yang juga pemain skuad antarabangsa Perancis.

Evra mendakwa Suarez berulang kali melakukan ejekan berbentuk perkauman pada perlawanan itu.

Evra membuat aduan selepas perlawanan dengan berkata: “Menerusi visual kamera, anda akan dapat saksikan dengan jelas Suarez sekurang-kurangnya 10 kali mengeluarkan kata-kata kesat ke arah saya.” Bintang antarabangsa Uruguay itu kini perlu menjawab tuduhan itu.

“FA hari ini mendakwa pemain Liverpool, Luiz Suarez berhubung insiden pada perlawanan antara Liverpool dan Manchester United di Anfield, 15 Oktober lalu.

“Suarez didapati menggunakan kata-kata berbentuk penghinaan atau tingkah laku kurang baik ke atas pemain United, Patrice Evra yang menyalahi peraturan.

“Dakwaan itu termasuklah merujuk kepada ejekan asal usul, warna kulit dan bangsa ke atas Patrice Evra.” FA masih belum membuat keputusan sama ada kapten England, John Terry juga akan didakwa kerana melakukan kesalahan sama ke atas pertahanan tengah Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand. - AFP



sumber Metro

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.