Monday, November 28, 2011

Ferguson sengaja tempah bencana, kritik penjaga garisan John Flynn secara terbuka

John FlynPemain-pemain Manchester United ternyata tidak senang dengan tindakan penjaga garisan John Flynn menghadiahkan sepakan penalti kepada Newcastle .

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson bakal dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England ekoran tindakannya mengkritik secara terbuka penjaga garisan, John Flynn.

Ferguson membuat kritikan tersebut selepas menyaksikan anak-anak buahnya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Pada aksi di Old Trafford itu, Ferguson mempertikaikan keputusan Flynn yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Newcastle selepas tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand dilihat telah mengasari Hatem Ben Arfa dalam kotak penalti pada minit ke-61. -Video

Bagi Ferguson, keputusan tersebut sama sekali bercanggah dengan apa yang dilihat oleh pengadil perlawanan, Mike Jones yang berada berhampiran.

Namun, selepas melakukan perbincangan dengan Flynn di tepi padang, Jones memutuskan untuk memberikan sepakan penalti kepada Newcastle dan Demba Ba menyempurnakannya pada minit ke-64.

Jaringan tersebut sekali gus memadam gol pendahuluan United menerusi bintang Mexico, Javier Hernandez pada minit ke-49.

"Saya tidak fikir semua orang yang berada di padang merasakan tindakan dilakukan Ferdinand itu wajar diberikan penalti kecuali penjaga garisan sahaja.

"Pengadil perlawanan (Jones) sendiri merasakan bahawa sepakan sudut adalah yang paling tepat buat Newcastle kerana dia berada berhampiran ketika insiden tersebut berlaku.

"Namun, masalah utamanya kini mengapa pengadil perlawanan mengikut apa yang diperkatakan oleh penjaga garisan. Sebagai pengadil perlawanan, dia yang lebih berhak untuk membuat keputusan.

"Dua tahun lalu, apabila penjaga garisan mengesahkan jaringan yang dilakukan oleh Chelsea biarpun berada dalam posisi ofsaid, ia telah memberi kesan kepada kami (United) untuk bergelar juara liga.

"Jadi, apa yang saya harapkan, ia tidak akan berulang pada penghujung musim ini," kata Ferguson.

Keputusan seri tersebut sekali gus menyaksikan skuad The Red Devils mensia-siakan peluang merapatkan kedudukan dengan pendahulu, Manchester City. - AFP/Kosmo

P/s Mancheter city juga seri 1-1 semalam dengan Liverpool. ← Video

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.