Friday, November 18, 2011

( Video) Keputusan Malaysia vs India [2-3] Perlawanan Persahabatan 16 November 2011

Skuad Malaysia tewas 2-3 kepada India dalam aksi perlawanan persahabatan kedua di Stadium Salt Lake, Kolkata,India malam kelmarin. (16 November 2011)

Meskipun Malaysia berada di ranking FIFA yang jauh lebih baik daripada India, anak buah Datuk K. Rajagobal begitupun terpaksa akur dengan kehebatan India yang memenangi perlawanan itu menerusi dua jaringan Sunil Chetri (minit ke-41 dan ke-53) dan Jeje Lalpekhlua pada minit ke-47.

Sementara dua gol saguhati Malaysia pula dijaringkan oleh penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali pada minit ke-45 dan ke-60. Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 1-1 pada pertemuan persahabatan pertama di Guhawati Ahad lalu.

Dengan kekalahan itu, tidak mustahil misi pasukan negara yang sebelum ini mahu menjadikan perlawanan persahabatan kali ini bagi memperbaiki ranking FIFA setelah menghuni tangga ke-151 barangkali ‘makan tuan’ berdasarkan ranking India yang jauh lebih rendah iaitu ke-160.

Ranking terbaharu FIFA akan dikeluarkan badan induk itu pada 23 November depan.

Kekalahan memilukan ini pastinya menambah duka skuad kebangsaan Malaysia yang masih gagal memenangi perlawanan antarabangsa berstatus A di gelanggang lawan sejak April 2009.-Kredit Kosmo

p/s Pemain India, Sunil Chetri merupakan bekas pemain kelab Kansas City Wizards di Liga USA. Beliau pernah bermain untuk Kansas City ketika perlawanan Pra Musim Mancahester United pada tahun 2010. (Read more diletak untuk mengurangkan blog lambat load.)


Video Gol Malaysia vs India 2-3 Perlawanan Persahabatan 16 November 2011

Gol Kedua Malaysia Jaringan Safee Sali


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.