Saturday, November 19, 2011

Live Streaming Malaysia Vs Myanmar 19 November 2011 | Bola Sepak Sukan Sea

Petang ini Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea akan berlangsung dan Anda boleh Saksikan Live Streaming Malaysia Vs Myanmar edisi 19 November 2011 Sukan Sea ke 26 Indonesia dalam acara Bola Sepak secara langsung dari Stadium Gelora Bung Karno,Indonesia.

Jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee sah tidak akan berada di bangku simpanan pemain ketika skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun Malaysia membuat perhitungan dengan Myanmar pada aksi separuh akhir temasya Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno petang nanti.

Ketiadaan Kim Swee di tepi padang hari ini menyaksikan pembantunya, Hassan Sazali bertindak sebagai perantara bagi menyalurkan setiap arahan kepada para pemain Harimau Muda.

Difahamkan, kem Malaysia yang diketuai pengurus, Datuk Hamidin Mohd. Amin akan mengemukan rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan acara bola sepak Sukan SEA 2011 pagi ini berhubung hukuman yang dikenakan terhadap Kim Swee.

Mengulas mengenai lawan yang akan ditentang Malaysia hari ini, Kim Swee berkata, skuad kendaliannya tidak boleh memandang rendah keupayaan Myanmar.

"Saya sudah melihat video rakaman perlawanan membabitkan Myanmar dengan Timor Leste. Pada perlawanan itu, mereka menampilkan corak permainan secara menyerang.

"Pada perlawanan menentang Vietnam pula, apa yang saya lihat mereka mengamalkan corak permainan bertahan. Jadi melalui video rakaman yang telah saya saksikan, Myanmar merupakan sebuah pasukan yang bergerak secara berpasukan.

"Sudah tentu, jika kita mahu menembusi benteng Myanmar, saya perlu menampilkan corak permainan pantas, bukan sahaja larian, malah hantaran juga harus pantas," katanya.

Di sebalik hukuman terhadap Kim Swee, kem Malaysia mampu menghela nafas lega kerana lapan pemain yang menerima satu kad kuning pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini kembali 'bebas'.

Lapan pemain terbabit ialah kapten, Baddrol Bakhtiar, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Fandi Othman, Syahrul Azwari, Muhd. Nazmi Faiz Mansor dan K. Gurusamy.

Dalam Pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meramalkan Malaysia akan berjaya menundukkan Myanmar 2-0 pada saingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA hari ini, untuk ke pentas final bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.

Jangan lupa jam 5.00 petang ini untuk menyaksikan Live Streaming Malaysia Vs Myanmar edisi 19 November 2011 dalam Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea ke 26 dari Indonesia. Anda boleh bookmark post ini dengan tekan CTRL D untuk tidak ketinggalan menontonnya nanti .

-Perlawanan Tamat Malaysia 1-0 Myanmar.

1 comments:

Anonymous said...

Dear brother and sister,

I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lend donation money to President of Temple(Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.

My monk contact place:

Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124

With kindness

KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia

JNU students will held protest demanding basic rights for return amount back!!!

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.