Wednesday, November 9, 2011

Live Streaming Malaysia Vs Thailand 9 November 2011 Bola Sepak Sukan Sea ke 26 Indonesia

Petang ini Perlawanan Bola Sepak membabitkan Perlawanan kedua Malaysia akan berlangsung dan Anda boleh Saksikan Live Streaming Malaysia Vs Thailand 9 November 2011 Bola Sepak Sukan Sea ke 26 Indonesia secara langsung dari Stadium Gelora Bung Karno,Indonesia.

Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia, Ong Kim Swee boleh menghela nafas lega apabila barisan kendaliannya mengutip satu mata ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA 2011 pada isnin lepas.

Sekalipun seri dan gagal mengutip tiga mata berharga, Kim Swee tetap menganggap mata itu mampu menjelmakan semangat buat anak-anak buahnya untuk tampil lebih garang bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Dan Ong Kim Swee berharap barisan skuad Malaysia bangkit memburu tiga mata penuh apabila membuat perhitungan dengan musuh tradisi, Thailand di Stadium Gelora Bung Karno petang ini.

“Saya akui pada perlawanan pertama menentang Singapura semalam (kelmarin), para pemain saya bermain di bawah tahap sebenar. Saya lihat ada beberapa pemain berpengalaman gagal bermain seperti yang diharapkan.

“Bagaimanapun, saya percaya mereka akan kembali menampilkan aksi yang diharapkan pada perlawanan menentang Thailand nanti,” kata Kim Swee.

Ditanya kekuatan yang dimiliki Thailand, Kim Swee mengakui, Thailand masih layak bergelar jaguh di pentas Asia Tenggara biarpun barisan skuad Malaysia tampil selaku penyandang juara di bumi Jakarta.

“Walaupun Thailand gagal menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF tahun lalu, saya masih menganggap mereka sebagai antara pasukan pilihan.

Hampir kesemua pemain Thailand memiliki mutu permainan yang berkualiti. Beliau akui dan para pemainnya juga sedar, aksi menentang Thailand petang ini bukan satu tugas mudah.

Ong Kim Swee juga mahu pemain-pemain Malaysia memberikan komitmen penuh ketika berdepan Thailand nanti.Bagi Ong Kim Swee, setiap perlawanan ada tekanannya dan para pemain perlu tahu apa yang harus mereka lakukan, jelasnya lagi.

Bagi 'menjerat ' Thailand yang tampil membuka langkah sulung pada temasya kali ini, Kim Swee berkata, beliau akan melakukan rombakan kecil khususnya di barisan tengah.

Jika kekal dengan formasi 4-4-2, Kim Swee pasti meletakkan Izzaq Farris Ramlan dalam kesebelasan utama andai penyerang tinggi lampai itu sudah pulih daripada masalah cirit-birit yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu.

Izzaq yang hanya beraksi sebagai pemain gantian kelmarin, bakal bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani bagi menggempur kubu Thailand. Peranan ‘arkitek’ tengah kembali diisi Irfan Fazail dan K. Guru Samy, manakala kapten Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari Ibrahim pula menggalas tugas di posisi sayap kiri dan kanan.

Benteng pertahanan pula kekal ditunjangi empat tonggak berpengaruh, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar (pertahanan kiri) dan Mahali Jasuli (pertahanan kanan), manakala Khairul Fahmi Che Mat terus diberi tanggungjawab menjaga gawang Malaysia.

Jangan lupa jam 5.00 petang ini untuk menyaksikan Live Streaming Malaysia Vs Thailand edisi 9 November 2011 dalam Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea ke 26 Indonesia di Old Trafford (haha). Anda boleh bookmark post ini dengan tekan CTRL D untuk tidak ketinggalan menontonnya petang nanti .


LIVE*UPDATE PIALA AFF SUZUKI 2012

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.