Sunday, November 27, 2011

Video Gol Malaysia Vs Bahrain [2-3] | Nazmi Faiz Mansor

Malaysia tewas 2-3 di tangan Bahrain selepas tamat perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.Perlawanan ketiga bagi peringkat Kumpulan C ini merupakan kekalahan ketiga buat Malaysia selepas turut tewas 0-2 kepada Jepun dan Syria sebelum ini.

Pada aksi perlawanan kelayakan bola sepak Olimpik 2012 itu, pemain tengah berbakat negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol awal permainan pada minit ke-30.

Manakala Mahali Jasuli menambah satu lagi gol buat Malaysia pada minit ke-68. Bagaimana pun skuad Ong Kim Swee ini gagal memanfaatkan peluang yang ada sehingga membenarkan pasukan Bahrain mengutip tiga gol pada babak kedua perlawanan.

Gol-gol Bahrain dijaringkan oleh Salah Al Amer (min-80), Isa Ahmed Muthanna (min-85 dan min-86).

Bahrain akhirnya menang 3-2 setelah berjaya memanfaatkan kecederaan beberapa tonggak Tengah Malaysia yang terpaksa dikeluarkan, walaupun Bahrain bermain dengan 10 pemain. Dengan kemenangan ini Bahrain mengutip 3 mata penuh manakala Malaysia kekal dengan tanpa sebarang mata dalam kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London.

Mendahului Kumpulan C ini ialah Jepun dengan 9 mata, diikuti Syria 6 mata dan Bahrain 3 mata.


Video Gol Malaysia Vs Bahrain jaringan Nazmi Faiz Mansor

Video Gol Malaysia Vs Bahrain jaringan Mahali Jasuli


Video Gol Malaysia Vs Bahrain, 3 Gol Bahrain dalam masa 6 minit.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.