Wednesday, November 9, 2011

Video Gol Malaysia Vs Thailand [2-1] Bola Sepak Sukan Sea ke 26

Video Gol Malaysia Vs Thailand [2-1] Bola Sepak Sukan Sea ke 26, Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi (9 November 2011).

Pasukan bola sepak Sukan SEA Malaysia mendahului Thailand 1-0 pada minit ke-24 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar.Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 bagi memastikan kemenangan Malaysia dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Perlawanan peringkat kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan menentang Singapura, Isnin lepas.
kredit Berita harian



Video Gol Malaysia 2-1 Thailand [SEA Games 2011] Jaringan Baddrol Bakhtiar, Natarid Thammarossopon dan Izzaq Faris Ramlan.

kredit Video sokernet.com

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.