Sunday, December 4, 2011

Gambar Bola Adidas Tango 12, Bola Rasmi Kejohanan Euro 2012

 Gambar Bola Adidas Tango 12Gambar Bola Adidas Tango 12, iaitu Bola Rasmi Kejohanan Euro 2012 yang akan berlangsung di dua negara - Poland dan Ukraine - dari 8 Jun hingga 10 Julai tahun depan

Apa yang unik tentang Bola Adidas Tango 12 ini ialah ia direka untuk permainan bola sepak moden bagi gerakan pemain yang lebih pantas dan juga teknologi yang membolehkan kawalan lebih baik oleh penjaga gol.

Menurut Pengurus Pemasaran Komunikasi Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee Bola Adidas Tango 12 itu telah diuji oleh pemain terkemuka bola sepak seperti Ashley Cole dari England dan Petr Cech dari Republik Czech dan beberapa kelab Eropah seperti Bayern Munich, Jerman; dan AC Milan, Italy.

Bola ini adalah bola pertandingan rasmi yang ke 11 dicipta untuk pertandingan Eropah yang bermula pada 1963. Sepanjang sejarahnya, empat rekaan berilhamkan Tango dihasilkan. Tiga sebelum ini ialah Tango River Plate 1980, Tango Mundial 1984 dan Tango Europa 1988.

Bola Adidas Tango 12 ini dijual di Malaysia dengan harga RM399 dan boleh didapati di semua stor Adidas mulai hari ini. - BERNAMA

Gambar Adidas Tang0 12Mahali Jasuli dan Fandi Othman ketika di Majlis Pelancaran Bola Rasmi Kejohanan Euro 2012, Adidas Tango 12 di Pavillion Shopping Mall, Kuala Lumpur Semalam (Sabtu 3 November 2011)

Gambar Bola Adidas Tango 12Harga sebiji bola ni kat Malaysia RM 399.

Gambar bola Euro 2012Bola Adidas Tango 12 telah dibangunkan dalam tempoh dua tahun, menjalani dua jenis ujian yang ketat - ujian Kualitatif Pemain, yang telah dijalankan merentasi lapan negara yang berbeza, dengan menggunakan pemain, persekutuan dan kelab dari kedua-dua golongan elit dan pemain remaja/kanak-kanak ( Grass Roots Football).

 Adidas Tango 12 specUjian Kedua pula- ujian kuantitatif makmal , yang yang membuat kesimpulan bahawa Bola Adidas Tango 12 memenuhi dan melebihi Standard yang Diluluskan FIFA untuk Bola Rasmi Kejohananan yang menjadikan Bola Adidas yang paling teruji yang pernah dihasilkan.


Video ketika Bola Adidas Tango 12 di Uji


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.