Wednesday, December 7, 2011

Gambar Rumah Banglo Khairul Fahmi Che Mat

Gambar Rumah Banglo Khairul Fahmi(Gambar) Rumah banglo baru yang bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi.

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya-Metro

2 comments:

Anaa said...

main bola buleh dapat banglo ye.. nanti nak suh sorang anak main bola secara pro gak lah... nama dah ada ala2 sorang pemain.. nama anak kita tu nazmi hadi..boleh kot ganti nazmi faiz.. tak pun yang bongsu, ammar rasyid ganti amar rohidan.. kekekek...

Anonymous said...

rumah mak aku sebuah2 mcm nie kt pahang...jd umah mak aku pun dikategorikan banglo la yer...br aku tau...kalo mcm tu aku pun kene kumpul duit lar bl tanah sebuah n buat umah jd la umah banglo...

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.