Monday, December 5, 2011

Javier Hernandez Cedera, Rehat Sebulan

Javier Hernandez injury(Gambar) Javier Hernandez ketika diberi rawatan selepas mengalami kecederaan dan Hernandez dijangka berehat untuk tempoh tiga atau empat minggu.


BIRMINGHAM - Manchester United terpaksa membayar harga yang tinggi biarpun berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana England di Villa Park awal pagi semalam.

Ini kerana, penyerang utama skuad Manchester United , Javier Hernandez terpaksa diketepikan untuk tempoh selama sebulan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya.

Bintang muda Mexico itu terpaksa diusung keluar padang pada pertengahan babak pertama perlawanan selepas terbaring kesakitan akibat kakinya terseliuh.

Ferguson berkata, Hernandez, 23, berkemungkinan tidak boleh diturunkan sepanjang bulan ini.

"Hernandez mengalami koyak di bahagian buku lalinya dan terpaksa berehat untuk tempoh tiga atau empat minggu bagi menjalani rawatan pemulihan. Ia merupakan satu berita buruk buat kami (Manchester United ) tetapi kami masih memiliki skuad yang mantap biarpun tanpa Hernandez," kata Sir Alex Ferguson.

Situasi itu sekali gus menyaksikan Hernandez tidak boleh diturunkan menjelang pertemuan menentang FC Basel pada aksi terakhir Kumpulan C kempen Liga Juara-Juara awal pagi pada Khamis ini.

Selain Hernandez, Ferguson turut kehilangan khidmat perancang tengah, Michael Carrick yang dikenakan hukuman penggantungan perlawanan.

Terdahulu, pada aksi menentang Villa itu, tonggak pertahanan United, Phil Jones muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-20 sekali gus memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad Manchester United .

Kemenangan itu juga menyaksikan anak-anak buah Ferguson terus mengekori rapat pendahulu carta liga, Manchester City. Ketika ini, Manchester United berada pada kedudukan kedua dengan mengumpul 33 mata, lima mata dibelakang City.

"Kami memang berhak untuk menang pada pertemuan dengan Villa ini biarpun tidak dinafikan beraksi di Villa Park bukanlah satu tugas yang mudah buat kami. Kami mengawal pergerakan bola dengan baik. Namun, pada babak kedua, ketumpulan jentera serangan telah mensia-siakan banyak peluang bagi menambah jaringan."

"Jones merupakan tonggak pertahanan tengah yang hebat dan dia boleh beraksi di mana-mana posisi sekalipun," jelas Ferguson. - AFP/Kosmo

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.