Sunday, December 4, 2011

(Video) Keputusan Man United Vs Aston Villa Liga Perdana Inggeris 3 Disember 2011

Bakal Juara Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012, Manchester United menang 1-0 keatas Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Villa Park, Birmigham, England, semalam (3 Disember 2011).

Gol Manchester United dijaringkan oleh Phil Jones pada minit ke 20 permainan. Sementara itu, Manchester City meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalahkan Norwich City 5-1 di Eastlands, semalam juga.

Sergie Aguero, Samir Nasri, Yaya Toure, Mario Balotelli dan Adam Johnson menjadi senarai penjaring City sementara jaringan saguhati Norwich disumbangkan Steve Morison.

Tottenham naik ke tangga kedua liga selepas membenam kelab bermasalah, Bolton 3-0 dengan Gareth Bale, Aaron Lennon dan Jermain Defoe masing-masing menjaringkan satu gol.

Di Wigan, Arsenal membelasah tuan rumah 4-0, hasil jaringan Mikel Arteta, Thomas Vermaelen, Gervinho dan Robin van Persie bagi memintas kedudukan Newcastle di tangga kelima.

Lain-lain keputusan memperlihatkan Queens Park Rangers(QPR) sekadar seri 1-1 dengan West Brom manakala Yakubu Aiyegbini mencuri tumpuan di Blackburn apabila menjaringkan empat gol bagi membantu pasukannya menang 4-2 ke atas Swansea.

Terdahulu, Chelsea menewaskan Newcastle 3-0 dengan Didier Drogba, Salomon Kalou dan Daniel Sturridge menjadi pemusnah Magpies bagi meletakkan The Blues naik ke tangga keempat liga. - AFP

Keputusan Liga Perdana Inggeri edisi 3 Disember 2011
Blackburn 4 (Yakubu 20, 45, 57, 82-pen) Vs Swansea 2 (Lita 35, Moore 66)

Manchester City 5 (Aguero 32, Nasri 51, Yaya Toure 68, Balotelli 88, Johnson 90) Vs Norwich 1 (Morison 81)

Newcastle 0 Vs Chelsea 3 (Drogba 38, Kalou 89, Sturridge 90)

QPR 1 (Helguson 20) Vs West Brom 1 (Long 81)

Tottenham 3 (Bale 7, Lennon 50, Defoe 60) Vs Bolton 0

Wigan 0 Vs Arsenal 4 (Arteta 28, Vermaelen 29, Gervinho 61, van Persie 78)

Aston Villa 0 Vs Manchester United 1 (Jones 20)


Video Gol Aston Villa 0-1 Manchester United 3 Disember 2011


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.