Sunday, April 15, 2012

Keputusan Manchester United Vs Aston Villa 15 April 2012 Liga Perdana Inggeris

Keputusan Manchester United Vs Aston Villa 15 April 2012 Liga Perdana Inggeris (EPL) - Malam ini gergasi bola sepak England yang juga bakal Juara Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012, Manchester United akan turun melayan kunjungan Aston Villa di Old-Trafford.

Manchester United yang akan turun beraksi digelanggang sendiri pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menjarakkan lagi kedudukan mata daripada pencabar terdekat, Manchester City.

Keputusan Manchester United Vs Aston Villa 15 April 2012Gambar Wayne Rooney dan Paul Scholes ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris diantara Manchester United Vs Aston Villa semalam.

Update: Keputusan Manchester United Vs Aston Villa 15 April 2012 - Manchester United mencatatkan kemenangan 4-0 keatas Aston Villa. Gol Manchester United dijaringkan oleh Wayne Rooney (7' ,74'), Danny Welbeck (Welbeck 44') dan Nani (90').

Dengan Kemenangan ini , Manchester United kembali menjarakkan diri daripada pencabar terdekat Manchester City kepada 5 mata. Manchester United kini ditahta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 82 mata daripada 34 perlawanan.

Untuk perlawanan seterusnya Manchester United akan bertemu Everton pada 22 April 2012 di Old-Trafford. Saksikan Video Gol Highlight Manchester United Vs Aston Villa 15 April 2012 dibawah ini.


Video Gol Highlight Manchester United Vs Aston Villa [4-0] 15 April 2012


1 comments:

Novunus Takano said...

MU boleh jaringkan lebih banyak gol, kalau bukan kerana kecemerlangan GK Villa

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.