Sunday, April 8, 2012

Petua Memerahkan Puting Payudara

Segan la pulak nak buat entry Petua Memerahkan Puting Payudara ni. Tapi dah orang cari kena gagahkan juga mengharungi cabaran segan tu..haha. Baiklah saya akan kongsikan petua memerahkan puting payudara dan yang berkaitan menerusi posting ini.

Petua Memerahkan Puting Payudara
Prin skrin "petua memerahkan puting payudara" dan "petua merahkan puting tetek" dari nuffnang analitik diharap jangan ada salah faham..hehe

Petua Memerahkan Puting Payudara Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Cara Kedua: Ambil buah tomato dan belah 2. Gosok-gosokkan tomato tersebut ke puting payudara anda. Lakukan selalu.

Cara ketiga: Ambil limau nipis, ketika mandi, oleskan ke puting anda berulang kali. Lakukan selalu.

*Tambahan

Petua Memulih Puting Dari Retak-Retak
Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.

Petua Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :
  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Petua Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payudara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Itulah beberapa petua berkaitan dengan payudara yang dijumpai. Jika sesiapa ada petua memerahkan puting payudara yang lain sudi-sudilah berkongsi disini. Semoga petua ini memberi manfaat kepada kaum wanita.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.