Tuesday, May 15, 2012

Gambar Nazmi Faiz Dan Marco Guimaraes (Agen Bola Sepak)

Marco GuimaraesGambar Nazmi Faiz Dan Marco Guimaraes (Agen Bola Sepak Dari Portugal)

Kejayaan Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang terpilih menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Divisyen Satu (Primeira Liga), SC Beira-Mar di Portugal membuka lembaran baru kepada bola sepak negara apabila dua lagi pemain Harimau Muda dijangka mengikut langkahnya.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru itu mengesahkannya namun belum mendedahkan identiti dua pemain yang mendapat perhatian kelab Eropah itu.

“Kemampuan layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 membuka mata banyak pihak walaupun kami gagal mengutip sebarang mata dalam enam perlawanan diharungi. “Ini mewujudkan satu situasi positif dengan pemain muda negara kini dilihat antara ‘barang panas’,” kata Kim Swee.

Berita gembira itu turut disahkan Marco Guimaraes, ejen yang bertanggungjawab membawa Nazmi Faiz menjalani ujian pemilihan selama seminggu di kelab SC Beira-Mar itu.

“Andai semuanya berjalan lancar, nama dua pemain itu diumum Ogos ini. Kelab itu (SC Beira-Mar) berminat membawa mereka bertiga kerana memiliki pakej diperlukan untuk beraksi di pentas Eropah,” kata Guimaraes yang turut menaruh keyakinan Nazmi Faiz akan melepasi ujian di kelab itu.

Menurut Marco Guimaraes, kelab Portugal itu meneliti perkembangan dua lagi pemain itu dengan menjalinkan kerjasama bersama Kim Swee dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) bagi melicinkan segala urusan dan menjayakannya.-Metro



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.