Thursday, May 17, 2012

Gambar Nazmi Faiz Di Portugal

Gambar Nazmi Faiz Di PortugalGambar Nazmi Faiz di Aveiro iaitu ibukota Kelab Bola Sepak Beira-Mar Portugal dan bersedia menjalani latihan pertamanya esok hari (semalam).

Berita Nazmi Faiz menjalani latihan bersama Kelab Beira-Mar mendapat liputan dari dari Surat Khabar di Portugal.(Sila taip dan pastekan ke google translate untuk membaca apa yang ditulis) haha.

Gambar Nazmi Faiz Di PortugalGambar Nazmi Faiz Di Portugal

Ayah Nazmi Faiz Di Portugal

Nazmi Faiz telah sampai di Portugal pada Isnin lepas bersama ayahnya dan Marco Guimaraes (Agen pencari bakat ) setelah mengharungi 12 jam perjalanan ke sana. Di kelab Beira-Mar, Portugal nanti, Nazmi Faiz akan menjalani ujian pemilihan selama seminggu dan keputusan ujian itu akan diketahui selepas seminggu.

“Ini sudah menjadi satu berita baik bagi saya (menjalani pemilihan) sebab saya tahu orang hanya kenal pasukan di liga Sepanyol dan EPL. Jadi ini peluang terbaik buat saya untuk meraih pengalaman dan mempelajari ilmu baru ketika berada di sana.

“Apabila saya dengar berita ini, saya terus membuat persediaan dan saya rasa tidak ada sebarang masalah untuk beraksi di sana. InsyaAllah saya akan beri 100 peratus kerana saya tahu bukan mudah untuk dapat peluang bermain dengan kelab luar negara,” kata Nazmi Faiz Mansor yang menyertai pasukan utama dan bakal bersaing dengan pemain senior kelab berkenaan.


Video Ketika Nazmi Faiz Hendak Berangkat ke Beira-Mar, Portugal


*Update perkembangan Terbaru Nazmi Faiz Di Portugal

Pegawai media kelab S.C Beira-Mar, Lues Vegas memberitahu ESPNSTAR.my bahawa Nazmi tidak sabar untuk memulakan latihan.Vegas memberitahu ESPNSTAR.my "Nazmi kini menetap di sebuah hotel di Aviedo, yang terletak kira-kira 20 minit dari stadium kami, bersama bapa dan ejen beliau.

"Beliau akan berlatih dengan pasukan utama esok, Khamis dan Jumaat. Beira-Mar juga akan bermain satu perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen 2 pada hari Sabtu.

Vegas juga berkata Nazmi Faiz Mansor mempunyai bakat dan yakin beliau boleh mendapat kontrak di kelab itu. Beliau menambah "Ketua jurulatih, Ulisses Morais akan memerhatikan beliau."

"Kami telah melihat beberapa video beliau beraksi untuk pasukannya. Kami juga telah mendengar perkara-perkara baik tentang beliau daripada ejen beliau dan sumber-sumber yang kami percayai. Akhirnya kami membandingkan itu dengan maklumat tentang beliau dari pihak media di Asia dan mendapat kesimpulan yang baik.

"Saya pasti beliau akan menarik hati jurulatih dan mudah-mudahan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di Portugal. Inilah jangkaan saya.

Vegas juga berkata beliau tidak merasakan usia muda Nazmi Faiz Mansor akan menjejas peluangnya mendapatkan kontrak, malah beliau merasakan Nazmi mempunyai lebih peluang kerana boleh bermain untuk kedua-dua pasukan kelab S.C Beira-Mar.

"Nazmi masih muda dan kami akan membuat keputusan selepas perlawanan persahabatan hari Sabtu.

"Beira-Mar mempunyai dua pasukan, pasukan di bawah umur 19 tahun dan pasukan utama, dan Nazmi adalah salah seorang pemain yang boleh bermain untuk kedua-dua pasukan jika beliau menyertai kelab ini."

"Beliau masih berusia 17 tahun dan kami tahu beliau memerlukan sedikit masa untuk merealisasikan potensi dan menunjukkan bakat sepenuhnya, tetapi kami yakin."-espanstar

*Update Hari pertama Ujian Pemilihan Nazmi faiz bersama Beira-Mar.

Gambar Nazmi Faiz trial di Beira-MarGambar Nazmi Faiz Di S.C Beira-Mar Portugal(Gambar) Aksi Nazmi Faiz pada hari pertama trial bersama Beira-Mar.

Gambar Nazmi Faiz Mansor6 Orang Pemain yang dipilih menjalani Ujian Pemilihan dengan kelab Beira-Mar di Aveiro, Portugal. Dari Kiri Jerome, Baptista, Nazmi Faiz, Juninho, Miguel Hamutenya and Vasco Seco. Kalau tengok dari ketinggian semuanya lebih kurang sama tinggi, kecuali yang sebelah kiri Nazmi tu.
Gambar Nazmi Faiz di portugal
"Semuanya baik sahaja setakat ini. Sesi latihan semalam berjalan dengan lancar walaupun cuaca sedikit sejuk."

"Portugal negara yang cantik. Ejen saya, Marco juga memberi layanan yang baik kepada saya dan bapa saya. Tiada masalah tentang makanan dan minuman kerana terdapat banyak juga tempat makan halal di sini." katanya lagi.

Nazmi tetap yakin akan lakukan yang terbaik pada sesi latihan seterusnya hari ini dan esok sebelum beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Divisyen 2 Portugal.

Dia menambah "Saya berharap para penyokong di Malaysia akan terus memberi sokongan kepada saya dan mendoakan kejayaan saya di sini. InsyaAllah semua berjalan lancar." - espnstar.my


Video Aksi Nazmi Faiz Mansor ketika sesi Latihan bersama Kelab Beira-Mar, Portugal.


gambar nazmi sc beira marGambar Latihan Nazmi Faiz pada hari kedua.

1 comments:

Prince of Noob said...

hebat nazmi ni... jgn lepas ni balik kawin artis pastu jadi ngarut2 dah...

done follow - Noob

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.