Sunday, May 20, 2012

Keputusan Chelsea Vs Bayern Munich Final Liga Juara-Juara Eropah 2012

Chelsea Win UEFA Champion League 2012Chelsea berjaya menjadi Juara Liga Juara-Juara Eropah 2012 setelah berjaya menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi. ( kredit gambar espn.go.com).

Keputusan Chelsea Vs Bayern Munich Final Liga Juara-Juara Eropah 2012Keputusan Chelsea Vs Bayern Munich Final Liga Juara-Juara Eropah 2012

Penjaga gol Chelsea, Peter Cech bertindak cemerlang dalam perlawanan final ini selepas menyelamatkan 2 sepakan penalti masing-masing ketika hujung separuh masa kedua dan satu lagi dalam aksi penetuan sepakan penalti.

Sementara itu, dalam aksi permainan sebenar kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1. Gol pembukaan perlawanan Final Liga Juara-Juara Eropah 2012 dijaringkan oleh Thomas Muller pada minit ke 83 sebelum penyerang Chelsea, Didier Drogba menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 88 menerusi satu tandukan cantik.

Menuju babak terakhir perlawanan (minit ke 90+3), Bayern Munich memperoleh sepakan penalti apabila Didier Drogba didakwa mengasari Frank Ribery. Walaubagaimanapun sepakan penalti itu gagal disenpurnakan Arjen Robben setelah Peter Cech bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan itu.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit dan kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan sebelum keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. Kapten Bayern Munich, Philip Lahm berjaya menyempurnakan sepakan penalti pertama Bayern.

Juan Mata mengambil sepakan penalti pertama untuk Chelsea tetapi gagal menewaskan Manuel Nuer setelah sepakan itu dapat dibaca pejaga gol berpengalaman itu. Mario Gomez meletakkan Bayern Munich didepan dengan kelebihan 2 gol setelah berjaya memyempurnakan sepakan penalti kedua pasukannya.

Pertahanan Chelsea, David Luiz kembali menghidupkan peluang pasukannya setelah berjaya menjaringkan gol dan menjadikan keputusan semasa 2-1. Sepakan penalti ketiga Bayern Munich diambil Manuel Nuer dan beliau mudah menjaringkan gol tersebut.Malas dah nak taip banyak-banyak.Kita Pergi terus ke sepakan terakhir.

Sepakan penalti kemenangan Chelsea berjaya disempurnakan 'pemain vateran', Didier Drogba apabila sepakannya gagal dibaca penjaga gol Bayern Munich, Manuel Nuer. Dengan gol itu Chelsea akhirnya berjaya menjulang trofi Piala Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah.Saksikan Video Gol Highlight Chelsea Vs Bayern Munich Final Liga Juara-Juara Eropah 2012 dibawah ini.


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.