Saturday, May 19, 2012

Keputusan Kelantan Vs Sime Darby Final Piala FA 2012

Keputusan Kelantan Vs Sime Darby Final Piala FA 2012 - Kelantan menang dengan jaringan 1-0. Gol itu diperolehi hasil jaringan Mohammed Ghaddar pada minit ke 57 menerusi sepakan penalti.

Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun.

Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dengan Keputusan ini, Kelantan berjaya menjadi Juara Piala FA 2012 dan Kapten Sime Darby, Es Lizuan Amir dinobatkan selaku permain terbaik perlawanan.


Video Gol Kelantan Vs Sime Darby Final Piala FA 2012 [1-0]



kredit youtube channel tauke21, Kosmo dan Sinar Harian . (video versi sokernet)


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.