Wednesday, May 23, 2012

Keputusan Kelantan Vs Terengganu Piala AFC 23 Mei 2012

Keputusan Kelantan Vs Terengganu Piala AFC 23 Mei 2012 - Tuan Rumah, Kelantan menang 3-2 keatas Terengganu . Gol Kelantan dijaringkan oleh Norfarhan Mohammad pada minit ke 2 dan minit ke 18 permainan. Untuk Makluman perlawanan ini bermula sekitar jam 9.26 malam kerana menunggu hujan reda.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Rizal Fahmi Rosid meletakkan Kelantan selesa didepan 3-0 setelah menjaringkan gol ketiga pada minit ke 45+2. Gol ini hasil sepakan percuma.

Pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke 56, Ismail Faruqi merapatkan jurang 1-3 untuk Terengganu setelah bijak melakukan sepakan lencong melepasi Khairul Fahmi Che Mat. Forke doe menambah gol kedua Terengganu menerusi sepakan penalti pada minit ke 84.

Tamat Perlawanan Kelantan 3-2 Terengganu. Dengan keputusan itu Kelantan mara ke perlawanan suku akhir Piala AFC 2012 yang akan berlangsung pada tarikh 18 dan 25 September 2012. Sementara itu di Hongkong, Kitchee FC tewas 0-2 kepada Arema Indonesia.

[Jika berminat, Anda boleh tonton Live Streaming Kelantan Vs Terengganu Piala AFC menerusi page tersebut (perlawanan tamat). Keputusan Kelantan Vs Terengganu Piala AFC 23 Mei 2012 akan diupdate disini nanti dan video gol highlight juga akan diletak jika ada.]


Video Gol Kelantan Vs Terengganu [3-2] Piala AFC 23 Mei 2012



Video Gol Kitchee Vs Arema Indonesia [0-2] Piala AFC 23 Mei 2012


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.