Tuesday, May 15, 2012

Live Streaming Kedah Vs PKNS 15 Mei 2012 Liga Super

Saksikan Live Streaming Kedah Vs PKNS 15 Mei 2012 dalam aksi Liga Super pada malam ini yang akan dilangsungkan dari Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah.

Tuan rumah, Kedah yang baru-baru ini berjaya mengikat Lions XII 3-3 setelah ketinggalan pastinya tidak mahu lagi melakukan kesilapan mudah dan memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol terutamanya Selangor PKNS lawan yang akan ditentang mereka pada malam ini.

Tambahan pula, Kedah Vs PKNS malam ini digelanggang sendiri dan dihadapan ribuan penyokong mereka. Jika Kedah mencatatkan keputusan seri atau kalah, tugas mereka untuk mendaki tangga Liga Super 2012 untuk berada pada kedudukan yang lebih baik dilihat akan lebih sukar kerana keciciran 3 mata berharga. Kedah sekarang berada ditangga ke 11 liga dengan 19 mata.

Sementara itu di kem PKNS bimbingan Haji Abdul Rahman Ibrahim pula, pasukan mereka juga dilihat agak genting setakat ini kerana berada di kedudukan 3 tercorot Liga Super dengan 18 mata (dibelakang Kedah). Pada perlawanan lepas ketika PKNS Vs Kelantan, mereka tewas 0-3 .

Jangan lupa malam nanti untuk menonton Live Streaming Kedah Vs PKNS 15 Mei 2012 Liga Super disini. Perlawanan ini dijangka bermula sekitar jam 8.45 malam ini. Anda boleh bookmark post ini dengan tekan ctrl D untuk tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan ini.
Live Streaming Kedah Vs PKNS 15 Mei 2012

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.