Wednesday, May 23, 2012

Live Streaming Kelantan Vs Terengganu 23 Mei 2012 Piala AFC

Malam ini akan berlangsungnya Perlawanan Piala AFc 2012 pusingan kedua diantara Kelantan Vs Terengganu. Kepada yang tidak dapat ke Stadium atau tiada TV,Saksikan Live Streaming Kelantan Vs Terengganu 23 Mei 2012 Piala AFC yang akan dibawakan secara Siaran Langsung dari Stadium Sultan Muhammad Ke VI, Kota Bharu menerusi siaran RTM TV1 disini.

Live Streaming Kelantan Vs Terengganu 23 Mei 2012 Piala AFCGambar Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee dan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat

Kelantan mara ke pusingan kedua Piala AFC 2012 ini selaku juara kumpulan H setelah menduduki tangga teratas kumpulan dengan 13 mata. Momentum menjuarai Piala FA 2012 sabtu lepas pastinya memberi sedikit suntikan moral untuk skuad yang terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' ini.

Bagi Jurulatih Kelantan Bojan Hodak, walaupun optimis mampu menjinakkan Terengganu, Piala AFC bukan menjadi keutamaan The Red Warriors. Sebaliknya beliau berkata, Kelantan tetap fokus untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini.
“Ia (Piala AFC 2012) bukan keutamaan kami tetapi kami sudah berada di sini (pusingan kedua) dan saya mahu kami (Kelantan) terus melangkah, seterusnya memenangi perlawanan (Kelantan Vs Terengganu ) malam esok (malam ini).

“Sudah pasti beraksi di laman sendiri memberikan kami kelebihan. Kami tidak pernah risau untuk bertemu sesiapa pun di sini (Stadium Sultan Muhammad IV),” kata Hodak pada sidang akhbar di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu semalam.

Sementara itu di kem Terengganu pula, mereka akan turun malam ini dengan kendalian jurulatih baru mereka iaitu Peter Butler.

Menurut laporan akhbar Kosmo, Peter Butler memberitahu beliau kini sedang mempertingkatkan moral para pemainnya .

Jelas Peter Butler , sebagai seorang jurulatih yang pernah membimbing Kelantan sebelum ini mungkin memberinya sedikit kelebihan, namun beliau lebih selesa untuk memberi tumpuan terhadap persiapan Terengganu.
“Saya mengenali para pemain Kelantan kerana saya berada di sini (Kelantan) selama lima bulan dan pernah bekerja keras bersama mereka. Saya tinggalkan mereka ketika mereka berada di puncak Liga Super dan saya rasa saya sudah melakukan yang terbaik untuk mereka".

“Perlawanan malam esok (malam ini) menjadi tugas pertama saya bersama Terengganu dan saya mahu melakukan yang terbaik,” jelasnya.
Perlawanan ini pastinya meriah macam Suasana Final.Tak sabar rasanya nak tengok game ni malam nanti, Gomo Kelate Gomo diucapkan kepada Kelantan dan Peteh Ganu Peteh diucapkan kepada Terengganu.

Jangan lupa malam nanti untuk menonton Live Streaming Kelantan Vs Terengganu 23 Mei 2012 Piala AFC disini. Perlawanan ini dijangka bermula sekitar jam 8.45 malam. Anda boleh bookmark post ini dengan tekan ctrl D untuk tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan ini.


Tunggu Buffering lebih kurang 10 saat.

*Perlawanan Tamat Kelantan Menang 3-2.(Video)

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.