Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz Mansor Sah Sign Kontrak bersama SC Beira-Mar Selama 3 Musim

Nazmi Faiz Mansor tangani kontrak dengan SC Beira-Mar(Gambar) Nazmi Faiz Mansor sedang menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar

Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang akan tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu. Nazmi Faiz Mansor telah mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Eropah secara kontrak tetap selepas berjaya mendapatkan kontrak dengan SC Beira-Mar.

Minggu lepas Nazmi Faiz telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.

"Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan," kata Nazmi Faiz.

Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.

"Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya." katanya lagi.

Nazmi Faiz sign Beira MarEjen Nazmi Faiz, Marco memberitahu ESPNSTAR.my"Saya sangat gembira dan bangga kerana Nazmi berjaya mendapatkan kontrak bersama Beira-Mar. Dia juga teruja dengan pencapaian ini."

Mengikut peraturan, Nazmi Faiz hanya boleh beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada bulan Ogos 2012 setelah dia berusia 18 tahun.

Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.- espnstar.my


P/s Tahniah! Nanti boleh la aku beli Nazmi Faiz bawak masuk ke Kelab Barcelona Dalam FIFA ONLINE.Pastu nanti siap bagi jadi Kapten lagi.. Haha..





0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.