Sunday, May 6, 2012

Sejarah, Asal Usul Lidah Buaya

Lidah Buaya atau Aloe vera (Latin: Aloe barbadensis Milleer) merupakan tanaman berduri yang berasal dari daerah kering di benua Afrika. Pokok Lidah Buaya sangat mudah di temui di kawasan kering di benua Afrika.

Sejarah dan Asal Usul Lidah Buaya
Perkataan 'Aloe Vera' datangnya daripada Bahasa Arab 'Alloeh' yang bermaksud bahan pahit yang berkilat dan dalam Bahasa Latin pula 'Aloe' adalah pokok manakala 'Vera' pula bermaksud tulin ataupun pokok tulin. Pokok Lidah Buaya adalah tergolong dalam keluarga tumbuhan 'Lily'.

Tanaman dari suku Liliaceae ini memang sudah di manfaatkan manusia sejak dulu lagi. Beberapa bukti sejarah menyebutkan, bangsa Arab, Yunani, Romawi, India dan Cina telah menggunakannya sebagai bahan mentah ubat untuk pelbagai jenis penyakit.

Catatan sejarah ada menyebutkan bahawa bangsa Mesir kuno telah mengetahui manfaat luar biasa dari Lidah Buaya sebagai tanaman kesihatan sejak dari tahun 1500 SM dan menyebutnya sebagai tanaman keabadian!. Kononnya dikatakan Ratu Cleopatra sudah memanfaatkan tanaman ini untuk menjaga kecantikanya.

Kegunaan Aloe Vera telah bermula sejak zaman purba mesir lagi oleh 'Ratu Cleopatra' dan 'Ratu Nefertiti' bagi penjagaan kecantikan dan kulit mereka. Dikatakan 'Cleopatra ' mandi didalam gel Aloe Vera setiap hari demi menjaga kecantikan beliau. Ratu Cleopatra juga telah dikatakan menganggap kecantikannya disebabkan oleh lidah buaya yang sering digunakannya.

Selain itu, bangsa Grik, Cina dan India juga telah lama menggunakan Aloe Vera untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Mengikut sejarah peperangan pula, dikatakan 'Alexander The Great' (Iskandar Zulkarnian) telah mendapat nasihat oleh penasihatnya iaitu ahli falsafah terkenal Aristotle supaya menakluk Pulau Socotra semata-mata untuk memperolehi bekalan lidah buaya yang mencukupi bagi kegunaan tentera untuk disapu pada luka dan kecederaan askar-askarnya.

Saya tidak pasti samaada Pulau Socotra dan Pulau Madagascar ini pulau yang sama atau tidak, kerana mengikut cerita juga, Iskandar Zulkarnian telah menawan pulau Madagascar atas gesaan Aristotle juga. Kedua-dua pulau ini terletak di Lautan Hindi.

Christopher Columbus iaitu penjelajah terkenal memanggil Aloe Vera atau lidah buaya ini " Doktor Dalam Pasu " dan dikenali sebagai " Tongkat Sakti Syurga " oleh orang asli Amerika.

Tulisan-tulisan yang merekodkan keberkesanan lidah buaya untuk bermacam-macam kegunaan kesihatan dan bagi rawatan tradisional telah diperturunkan dari seawal 3,500 tahun dahulu, seperti yang dijumpai pada Ebers Papyrus, iaitu suatu tulisan mesir kuno dari tahun 1500an sebelum Masihi.

Seorang tabib dari zaman Yunani kuno yang bernama Pedanius Dioscorides juga menggunakan lidah buaya untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.Contohnya seperti radang tekak, bisul, rambut gugur, buasir, dan kulit lebam, pecah-pecah serta melecet.

Dalam manuskrip perubatannya, Pedanius Dioscorides seorang pakar perubatan terkemuka yang hidup lebih kurang 2000 tahun dahulu itu juga telah menerangkan dengan terpericinya kegunaan lidah buaya untuk pelbagai rawatan tradisional dalaman dan luaran.

Pakar perubatan herba Amerika menyedari nilai yang sangat besar Aloe Vera ini untuk keperluan perubatan pada abad ke-18 dan 19. Menurut beberapa legenda lama (old legend, tak pasti old legend dari negara mana tapi yang pasti bukan dari Old-Trafford), mereka percaya bahawa Aloe Vera membantu untuk melindungi rumah dari anasir jahat. Lidah Buaya telah disimpan di dalam dapur dengan beranggapan bahawa ia akan membantu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa memasak.

Berdasarkan fakta-fakta dan cerita lagenda-lagenda di atas serta pelbagai dokumen sejarah dari merata tempat di seluruh dunia, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lidah buaya adalah salah satu daripada tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam perubatan purba. Saya bukanlah pengkaji sejarah dan Asal Usul Lidah Buaya tapi cuma membuat sedikit penyelidikan menerusi artifak dan manuskrip di Google. lol..

1 comments:

old_trafford said...

To Ammar: saya pun tak tahu la.. cuba tanya kementerian pertanian,hehe

No Tel Kementerian Pertanian Malaysia: 03-88701000

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.