Saturday, June 16, 2012

Gambar Jose Mourinho Dan Datuk Seri Najib

Gambar Jose Mourinho dan NajibGambar Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, bersalaman dengan jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho ketika menerima kunjungan jurulatih itu di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA

gambar pm najib dan jose mourinho Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) menerima jersi Real Madrid daripada jurulatih kelab itu Jose Mourinho (kiri) selepas menerima kunjungan jurulatih itu di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya, Jumaat.
Najib meluangkan masa kira-kira sejam bersama jurulatih tersebut.
Foto BERNAMA

PUTRAJAYA - Jose Mourinho, ketua jurulatih kelab bola sepak tersohor Sepanyol, Real Madrid, membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Mourinho, yang dianggap salah seorang jurulatih terbaik sepanjang masa, tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 3 petang dan dibawa ke Pejabat Perdana Menteri di Aras Lima.

Najib bersama Jose MourinhoGambar Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho (kiri) sedang berbual dengan Datuk Seri Najib ketika pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
-The Star

Beliau berada di Malaysia untuk lawatan singkat selepas menerima jemputan khas oleh hartawan Singapura, Peter Lim, bagi menghadiri satu acara berkaitan dengan Yayasan Olimpik Singapura-Biasiswa Peter Lim di republik itu semalam. (kelmarin)

Sahabat Lim, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hos kepada lawatan jurulatih tersebut ke Kuala Lumpur.

Mourinho merupakan penerima pertama Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA pada 2010. - Bernama

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.