Friday, June 22, 2012

(Gambar) Philippe Senderos Peluk Islam Syiah

Philippe Senderos convert Islam
Baru nak rasa seronok bila dapat tau Philippe Senderos telah peluk Islam. Tapi Philippe Senderos masuk Islam Syiah. Apa yang aku faham Syiah ni sesat dan menyeleweng dari Islam yang sebenar. Moga-moga satu hari nanti beliau masuk Islam yang betul-betul ikut landasan, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Petikan berita dibawah.

LONDON: Pemain bola profesional Switzerland yang kini bermain dengan kelab bolasepak England Fulham, Philippe Senderos telah menganut Islam dan memeluk agama Islam , lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

"Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai itu," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

"Jika saya bukan pemain bola, mungkin saya sudah menjadi paderi," tambahnya.


Sembahyang orang Syiah..



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.